15 Tips untuk Guru Baharu ini dikongsikan sebagai panduan kepada kita semua, guru baharu yang baru saja ditempatkan di negeri masing-masing.

Jangan lupa doakan kawan-kawan yang belum settle urusan MQA ya. Semoga urusan mereka dipermudahkan dan mendapat penempatan dengan cepat. Aamiin.

Tahniah. Alhamdulillah, aku dapat kat negeri sendiri (Sabah), korang dapat kat mana?

Oh ya, nak bagitau ni, Insya-Allah 21 Oktober ni, penempatan daerah akan diumumkan, 31hb Oktober sehingga 1hb November (2 hari) akan ke JPN dan 4hb November akan melapor diri ke sekolah (terima kasih Mama Qeqe dan Afzan 😍 sebab call pihak JPN Sabah tadi).

Kalau nak panduan dokumen yang perlu disediakan masa nak lapor diri kat sekolah nanti, boleh rujuk di SINI.

Okay, selepas ini, kita akan terus diperakukan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dan bakal menerima gaji permulaan RM2222.94 + 900 (elaun)= RM3122.94. Nilai ini tidak termasuk bagi mereka yang bekerja di pedalaman. 

So, ini ada beberapa cadangan daripada Cikgu Loh untuk pengurusan diri dan kewangan kita bersama. Aku letak perkongsian ini kat sini sebab nanti senang jugak aku nak rujuk if aku terlupa ka apa 🤣🤣

Ada jugak tips yang aku kurang setuju dan tips yang berkenaan tu biarlah rahsia 🤣🤣🤣. Ya la, masing-masing ada target yang berbeza, komitmen yang tersendiri. Ini hanya SEKADAR PANDUAN. Bukan kewajipan (cehhh, 😂😂😂).

Ingat, yang paling penting bila bab mengurus kewangan ni is UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI, bukan ukur kat badan orang lain.

Baiklah, berikut dikongsikan tipsnya:

1. Sambung master.
Terus ushar laman web UKM, UPSI, UM, OUM, dan mana-mana IPTA untuk sambung ke peringkat Ijazah Sarjana (Master). Kita tak perlu tunggu sah jawatan. 2 tahun masa sahaja diperlukan.

Baru-baru ni, UKM ada buat pengambilan untuk Februari tahun depan (2020) dan tarikh tutupnya is on 31 Disember 2019 ni. 



Okay la jugak, ada 20 bidang pengajian ditawarkan, RM17k total yuran dan TAK ADA VIVA. Boleh rujuk kat website kami, Sistem Guru Online di SINI.

2. Silalah rapat dengan kerani sekolah.



Sentiasa followup JPN mengenai kursus Program Transformasi Minda. Kalau boleh isi borang PTM secepat mungkin. Kita pergi hantar sendiri kat JPN pun lagi bagus, lagi cepat!

3. Jaga hubungan dengan rakan sekerja.


Jangan menyombong dan tunjukkan kemahiran yang anda miliki.. Tapi kalau terlebih rajin, susah jugak.. haha.

4. Tak payah tambah "HUTANG JAHAT"


Bagi yang bujang, pakai motor sudah. Kereta tak diperlukan pun. Bagi yang berkeluarga, kereta second hand pun ok. Lagi ok, bayar cash. Kereta baru? tak payah tambah "dosa" jahat.

Kereta yang anda layak beli ialah gaji tahunan anda. Cth: RM3122.94 X 12 = RM37475.28. Axia, Viva, saga je (range rm312 - 468).. Tapi kalau tak ada anak, selagi boleh pakai motor, pakai.. romantik lagi peluk-peluk. Susah dahulu, senang kemudian.

5. Terus daftar penggiliran tabung haji RM1300


Boleh juga guna akaun 2 KWSP untuk daftar giliran haji. Cikgu Loh punya tahun 2090. Baik korang cepat!

6. Buat simpanan automatik ke dalam tabung haji dan ASB.



7. Tetapkan pemberian duit kepada keluarga kita.


RM200-400 dah ok. lagi banyak pun ok. Ingat! mereka ialah PINTU REZEKI kita.

8. Sekali-sekala belanja kawan.



9. Cari rumah kos rendah.


Bagi mereka yang posting di kota metropolitan spt KL, Selangor, Pinang, JB.. Baik korang cari rumah low cost cepat. Rumah pertama untuk disewa bukan untuk didiami. Kalau nak diami pun, bilik-bilik lain buat sewa. 

Dengan gaji korang RM37475.28 korang boleh beli 3 buah rumah sebenarnya. Tak percaya? Bijak dan cepat ambil peluang!!

Jenis Rumah ada lelong, SUBSALE, undercon. Cari yang potential sewa. Kena banyak kaji!

10. Buat ASB Financing RM200k.



Selepas 5 tahun ,korang boleh menuai RM20-60k cash.. Best tu.. Korang x faham? Boleh follow tips di Facebook orang-orang hebat ini: HARITH FAISAL, MOHD FADHLI, KHAIRUL EZUWAN.

11. Elakkan diri dari terlibat dengan pelaburan yang mengarut.



Rujuk atau hubungi dahulu BANK NEGARA untuk kepastian.

12. Ambil takaful, plan medical.


Menyenangkan di kemudian hari. 

13. Buka akaun Private Retirement Scheme.



Fungsi akaun ini sama macam KWSP iaitu sebagai tabung persaraan tapi yang manage akaun ini ialah private entiti seperti CIMB, RHB, dll. Kalau buka akaun RM1000, kerajaan Malaysia akan topup RM500. Dapat 50% untung tu, Tapi duit susah nak buat keluar :)

14. SKIM KWSP atau Pencen?



Ok, bahasa mudah.. kalau korang rasa x lama dalam bidang perguruan, ambik je KWSP.

15. Lengkapkan diri dengan ilmu agama secukupnya.


Banyakkan ke masjid atau ceramah-ceramah agama.

Kredit: Cikgu Loh

Dah habis baca tu, bukan ambil bulat-bulat ya. 😂😂😂. Kalau ada keraguan, rujuk pakar dalam bidang yang dinyatakan. Terima kasih jugak kepada Cikgu Loh ni sebab sudi kongsi tips ini.

Ya la, kalau bab duit ni jangan ceritaaaaaaaaa. Hahahahha.

Sekian. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu kita mengurus diri dan kewangan kita nanti. Aamiin.

2 Comments

  1. sbaik2nya mohon pengajian sarjana (master) slps sah jawatan.

    jpn hanya akan proses permohonan kebenaran melanjutkan pengajian jika ppp tersebut dah sah jawatan.

    pengajian sarjana hanya akan dicatatkan ke dlm buku rekod perkhidmatan dgn adanya surat kebenaran jpn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul tu cikgu.

      Apapun, terima kasih kerana memberikan maklum balas terhadap perkara ini 😊

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

BACA JUGA