Sumber: Facebook YB Dr. Maszlee Malik

YB Dr. Maszlee Emosional, Bimbang Nasib MBK
. Ya, sebak jugak aku membaca post YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan yang beliau kongsikan di Facebook beliau sebentar tadi.

Post yang dimuat naik di Facebook beliau:


Ada sebab yang jelas tentang mengapa saya agak emosional di majlis Special Education International Conference (SEIC 2019) pagi tadi Marriott Putrajaya.



Pertamanya, di sebalik ribuan penyertaan termasuk 11 delegasi pembentang dari luar negara, realiti di luar sangat berbeza. Terlalu banyak urusan yang belum selesai mengenai OKU terutamanya yang berkaitan dengan sekolah dan institusi pengajian tinggi;

Kedua, di sebalik tahap penganjuran yang kelihatan begitu gah, realitinya Bahagian Pendidikan Khas di KPM masih banyak perlu dilakukan;



Ketiga, tahap kesediaan dan kemahuan para pegawai yang perlu bergerak lebih laju dengan reformasi ini dan;




Keempat, lagu Imagine yang dinyanyikan sangat menyentuh perasaan.

Masa tidak menyebelahi saya. Saya risau saya tidak dapat memenuhi harapan dan impian setiap anak-anak istimewa yang hadir di program tersebut hari ini.

Saya hanya boleh terus bekerja lebih keras, dan percaya para pegawai KPM juga akan turut bersama-sama dengan saya bekerja lebih keras untuk memberikan yang lebih baik buat anak-anak ini.

Maafkan saya kerana emosional. Anak-anak ini semua, adalah amanah saya.

Walaupun aku bukan seorang guru pendidikan khas, aku turut merasakan kebimbangan YB dalam memperjuangkan dan membantu anak-anak yang istimewa ini untuk mendapat akses pendidikan yang setara dengan murid-murid yang lain.

Semoga Allah memudahkan segala urusan YB dalam membela murid-murid berkeperluan khas (MBK) ini agar tidak tersisih dari dunia pendidikan. Aamiin.

Insya-Allah, aku bersama warga pelaksana yang lain turut bersama-sama YB dalam merealisasikan usaha murni ini.

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA