Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga pendidik sekalian. Alhamdulillah, perkongsian daripada saya diteruskan lagi. Pada kali ini, saya kongsikan salah satu aplikasi yang boleh menjadikan aktiviti PdP kita lebih menarik.

Saya mendapat info bermanfaat ini menerusi perkongsian daripada Cikgu Ahmad Fadhirul Fitri (terima kasih cikgu!).

Nak jadikan acara cabutan bertuah atau aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)  lebih menarik dan mendebarkan?


Boleh gunakan aplikasi Random Picker Wheel melalui web wheelofnames.com. Jimat tak perlu nak print nombor lagi.Hanya paparkan pada layar skrin melalui projektor.


Klik pada wheel dan nama akan dipilih secara automatik! Aplikasi wheelofnames.com ini adalah salah satu aplikasi yang terbaik yang membantu kita dalam memilih nama secara rawak.



Cara Menggunakan Wheel of Names

Langkah 1

Klik pada link: https://wheelofnames.com/


Langkah 2

Masukkan nama murid dan WheelofNames.com akan memasukkannya secara automatik dalam roda bulatan tersebut.


Langkah 3

Klik atau TEKAN pada roda bulatan tersebut untuk membuat pemilihan nama secara rawak.



Aplikasi ini sesuai kita gunakan sekiranya untuk mendapatkan maklum balas daripada murid secara rawak dan menyeronokkan. Murid-murid saya pun suka akan penggunaan aplikasi seperti ini dalam PdPc.

Sekian perkongsian ringkas daripada saya dan Cikgu Ahmad Fadhirul Fitri.

Kredit: Cikgu Ahmad Fadhirul Fitri

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA