Semakan Panggilan Temu Duga SPP bagi Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 bagi PISMP Ambilan Jun 2015 IPG telah Dibuka. 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, panggilan yang admin tertunggu-tunggu sejak tamat pengajian Mei lalu dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau telah tiba. Apa dia? Panggilan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi menduduki temu duga untuk mengisi permohonan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41.

Individu yang terlibat dalam urusan ini adalah graduan PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) Ambilan Jun 2015 yang baru sahaja menamatkan pengajian di IPG masing-masing pada 24/25 Mei 2019 yang lalu dari 27 kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia dan calon bahagian GENIUS, KPM.




Sehubungan dengan itu, berikut merupakan butiran bagi Hebahan Panggilan Temu Duga Jawatan Pegawai Pegawai Pendidikan Gred DG41 di Sabah, Pulau Pinang, Kelantan, Johor dan Sarawak Tahun 2019 ini. Calon-calon boleh menyemak panggilan temu duga dengan menekan (klik) pada ikon Click Here di bawah:



Berikut juga dilampirkan senarai semak dokumen yang perlu disediakan oleh semua pemohon yang berkenaan untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (DG41):





Mohon doakan admin dan rakan-rakan PISMP Ambilan Jun 2015 berjaya dalam temu duga ini ya. Insya-Allah. Admin akan ditemu duga oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) seperti ketetapan berikut:

Daripada admin kepada rakan-rakan seperjuangan PISMP Ambilan Jun 2015 khususnya dari IPG Kampus Tawau, Sabah: SEMOGA TERUS BERJAYA DAN SIHAT SENTIASA. Assalamualaikum.

Kongsi itu Mesti, Berkat itu Pasti,
Cikgu Suhaimin.

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA