Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Merujuk kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7 Tahun 2019 bertajuk Pelaksanaan Pendidikan Sivik di Peringkat Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkuat kuasa pada 3 Jun 2019 yang lalu telah menyatakan bahawa Pendidikan Sivik akan dilaksanakan semula dengan beberapa penambahbaikan.

Anda boleh memuat turun Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7 Tahun 2019 bertajuk Pelaksanaan Pendidikan Sivik di Peringkat Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia ini dengan menekan (klik) pada ikon Click Here berikut:



Berhubung dengan perubahan berkaitan Pendidikan Sivik yang diperkenalkan semula dengan beberapa penambahbaikan berikut, berikut merupakan nota penting untuk rujukan kita bersama ya. Terima kasih kepada hamba Allah yang sudi berkongsi info ini. (Bukan admin yang tulis post ini ya, admin hanya mengongsikannya semula)

💝💝💝💝💝💝
NILAI TERAS ADA 4:
1) kasih sayang
2) hormat menghormati
3) tanggung jawab
4) kegembiraan

💝💝💝💝💝💝
MATA PELAJARAN YANG TERLIBAT UNTUK PdPC:
1) BM
2) BI
3) PEND. ISLAM
4) PEND. MORAL
5) SEJARAH
6) PRA SEKOLAH

💝💝💝💝💝💝💝
PdPC WAJIB dijalankan selama 1 jam setiap minggu ke 4 mulai bulan JUN

jika minggu ke-4 jatuh pada cuti persekolahan, WAJIB buat pada minggu ke3.

TIDAK BOLEH dibawa ke minggu pertama bulan seterusnya.

Mengajar SIVIK dalam BM/BI dll.
Jadi, RPH tulis PENDIDIKAN SIVIK.

💝💝💝💝💝💝💝
Manual kesedaran sivik dan amalan nilai dalam perhimpunan RASMI  mula dijalankan pada minggu pertama bulan Jun.

Dijalankan pada setiap minggu.
MINGGU KE4 temanya NILAI TERAS SIVIK yg sepatutnya dilaksanakan pd bulan tersebut. Cth bulan Jun - KASIH SAYANG

Boleh disampaikan oleh sesiapa saja. Samada GB, GPK, guru mahupun murid.

- 5 minit untuk menyampaikan nilai teras.

💝💝💝💝💝💝💝💝💝

pendidikan sivik dijalankan dalam aktiviti kokurikulum setiap minggu mulai minggu pertama bulan Jun.

Penyepaduan melalui aktiviti, merujuk kepada perincian  untuk  kokurikulum.

Dijalankan selama 10 minit setiap minggu bagi sekolah rendah dan 15 minit bagi sekolah menengah.

💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝
JUN - Kasih sayang
JULAI - Hormat menghormati
OGOS - tanggung jawab
SEPT -  kegembiraan.
OKT - kasih sayang
NOV - hormat menghormati

👆wajib dipatuhi kerana selaras seluruh negara.

💝💝💝💝💝💝💝💝💝
dalam RPH

Objektif mesti ada 3 literasi sivik:
1) pengetahuan
2) sosioemosi
3) tindakan
👆
WAJIB diambil dari perincian.
TIDAK BOLEH diubah.

💝💝💝💝💝💝💝💝💝
Perkongsian berkaitan Pend Sivik.

Berikut merupakan kandungan surat siaran yang telah dinyatakan:












Cikgu Suhaimin
Kongsi itu mesti, berkat itu pasti.

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA