Apakah yang dimaksudkan dengan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah? Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau akronimnya PPSR ialah suatu pelaporan pentaksiran baharu rentetan daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah Rendah (PBS) yang akan digunakan mulai Tahun 2018. PPSR ini dilaksanakan untuk mentaksir pencapaian semua murid SECARA HOLISTIK pada peringkat pendidikan rendah (sekolah rendah) menggantikan istilah pentaksiran Tahun 6 yang sedia ada - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Untuk pengetahuan bersama, mulai Tahun 2018, UPSR masih dilaksanakan seperti biasa dan tidak dimansuhkan, sebaliknya ia menjadi komponen bagi Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bersama 3 komponen pentaksiran yang lain. Berikut merupakan 4 komponen Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah👇

1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan  Kokurikulum (PAJSK)
3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
4. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)

Sehubungan dengan itu, murid akan menerima laporan pencapaian mereka dalam pelaporan yang merangkumi 4 komponen pentaksiran seperti yang telah dinyatakan pada akhir persekolahan mereka pada Tahun 6 - BUKAN HANYA KEPUTUSAN UPSR SAHAJA

Ini menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu alternatif baharu dalam mentaksir dan menyediakan pelaporan pencapaian murid pada peringkat pendidikan rendah SECARA HOLISTIK dan bukan daripada gred A semata-mata, tetapi mengambil kira 3 komponen pentaksiran PPSR yang lain.



Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)





Komponen Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah

Berikut merupakan penerangan 4 komponen Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah berbentuk grafik  yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

1. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)


Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid dan dilaksanakan dalam semua mata pelajaran.

Konsep PBD



Kaedah pentaksiran adalah seperti kuiz, kerja projek, ujian bulanan dan peperiksaan peringkat sekolah.

Tahap Penguasaan (Standard Prestasi) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

2. PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)


PAJSK adalah satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum serta penglibatan dan penyertaan murid dalam kelab / persatuan, pasukan badan beruniform dan sukan / permainan.

Pentaksiran ini juga melibatkan pelaporan kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan (Ujian SEGAK) yang mula dilaksanakan di semua sekolah pada bulan Mac dan Ogos setiap tahun.





3. PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi)


Pentaksiran psikometrik adalah kaedah sistematik untuk menggambarkan ciri, attribut atau tret psikologi murid sama ada dalam domain kognitif atau afektif 



4. UPSR / PASR - PENTAKSIRAN PUSAT (PP)

4.1 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) - BAGI MURID NORMAL








4.2 PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) - BAGI MURID BEKEPERLUAN KHAS








SUMBER :
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH 2017


JOM JOIN TELEGRAM CHANNEL DAN GROUP SAYA DI URL BERIKUT 👇

CHANNEL CIKGU SUHAIMIN 👇
 t.me/cikgusuhaimindotcom

GROUP CIKGU SUHAIMIN 👇
 t.me/cgusuhaimin

KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI

CIKGU SUHAIMIN

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA