Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, saya berkongsi berkaitan salah satu cara menukar format fail daripada PDF kepada WORD (biasanya berformatkan .docx, doc dsb). Ya. Anda tidak perlu memasang (install) perisian lain dalam laptop anda atau menukarnya secara dalam talian (online) hanya untuk menukar format fail PDF kepada WORD. Sudah memadai anda mempunyai Microsoft Word 2013 atau 2016. Memang seronok mengetahui salah satu kelebihan Micrososft Word 2013/2016 ini.

Baiklah, berikut merupakan 4 Langkah Menukar Format Fail PDF kepada "Word" Menggunakan Microsoft Word 2013 atau 2016 👇

LANGKAH 1
Buka atau 'run' Microsoft Word 2013/2016 anda. Kemudian, klik pada 'Open Other Documents' seperti gambar di bawah.



LANGKAH 2
Klik pada 'Computer' (no. 2). Kemudian klik 'Browse' (no.3) seperti gambar di bawah :


LANGKAH 3
Cari dan pilih dokumen PDF yang anda ingin (tukar) convert kepada "word". Kemudian, klik padanya dan klik 'Open'.


LANGKAH 4
Apabila dialog box seperti berikut terpapar pada skrin 'laptop' anda, klik OK. Proses menukar format fail tersebut akan bermula dan SILA TUNGGU (Sabar ya, maybe take time sikit, depends on saiz fail anda).


Proses "convert' bermula.
Tadaaa. Alhamdulillah. Format fail/dokumen PDF tadi telah berjaya ditukar kepada 'word' dan anda boleh menyunting/mengedit sekarang. Setelah anda selesai mengedit dokumen tersebut, anda klik 'save' (buat macam biasa anda menyimpan fail menggunakan Microsoft Word 2013/2016). Mudah bukan? Hehe.



MOHON PERHATIAN, Kadangkala, terdapat 'font' atau jenis tulisan daripada dokumen PDF anda yang tidak dapat dikenal pasti oleh Microsoft Word 2013 dan ianya akan terpapar dalam bentuk simbol atau aksara.

SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA.

Sekian, terima kasih.

JOM SERTAI "TELEGRAM CHANNEL" DAN "GROUP" SAYA DI URL BERIKUT 👇

CHANNEL CIKGU SUHAIMIN 👇
 t.me/cikgusuhaimindotcom
GROUP CIKGU SUHAIMIN 👇
 t.me/cgusuhaimin

KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI

- CIKGU SUHAIMIN -

6 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA