Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPG Kampus Tawau telah merangka dan merancang kursus khas yang melibatkan seramai 79 siswa pendidik IPG Kampus Tawau yang terdiri daripada PISMP Ambilan Jun 2015 (4 opsyen) dan PISMP Ambilan Jun 2014 (1 opsyen).

Kursus ini dilaksanakan adalah bagi memenuhi masa terluang siswa pendidik  Semester 5 dan 7 yang tidak menduduki sebarang peperiksaan (Peperiksaan Novembe 2017).

Sehubungan dengan itu, kursus ini dilaksanakan bermula 06 sehingga 17 November 2017 iaitu selama 10 hari. Kumpulan atau opsyen yang terlibat adalah PISMP Ambilan Jun 2015 yang terdiri daripada opsyen Bahasa Melayu (SK) - 18 orang, Pemulihan (SK) - 15 orang, Pendidikan Islam (SK) - 16 orang dan Sains (SK) - 16 orang manakala bagi PISMP Ambilan Jun 2014, hanya satu opsyen sahaja yang terlibat iaitu Sejarah (SK) seramai 15 orang.

Banyak kursus yang diberikan dan didedahkan kepada siswa pendidik. Berikut merupakan jadual sepanjang kursus ini 👇



Banyak ilmu dan kemahiran yang aku dapat melalui kursus ini. Specially berkaitan konsep 6C dalam PAK-21, Flipped Classroom, Frog-VLE, Six Thinking Hats, Penampilan Diri, Komunikasi Berkesan dan Pengurusan Majlis Rasmi.

Pada hari pertama kursus ini dilaksanakan, Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) menjadi "pembuka tirai" bagi kursus khas ini. Slot yang pertama, iaitu Pengenalan kepada Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21).

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA