Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada kali ini, saya akan membuat perkongsian ilmu daripada dua orang pendidik iaitu CIKGU SITI NUR AZLIN dan CIKGU HERRYAN SYAH BIN TUPAN (SISC +)  berkaitan salah satu aplikasi mudah alih yang amat berguna untuk aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) kita iaitu "Plickers". Aplikasi ini sering digunakan oleh guru yang membuat penilaian segera di dalam kelas.

Plickers menggunakan konsep 'hi-tech, low tech'. Hanya guru perlukan akses internet. Soalan dipaparkan dan murid akan menunjukkan jawapan mereka menerusi kad Plickers. Setiap kad adalah unik untuk setiap murid. Murid perlu menunjukkan kad mereka mengikut sudut jawapan pada kad. Kad-kad mereka akan diimbas menggunakan smartphone dan data akan dimuatnaik kepada set-set soalan. Pada paparan, akan kelihatan jawapan murid dan analisis boleh didapatkan. Sesuai untuk kelas yang tiada akses komputer atau internet. 


ALATAN YANG DIPERLUKAN

Plickers memerlukan:
💻komputer,
🔮 internet,
🖨printer,
📃 kertas


  • Aplikasi download dari apps store.
  • Buka laman web Plickers dari laptop atau PC. sign up dan download kad dlm bentuk pdf.
  • * pihak Plickers telah menetapkan bahawa hanya website yg secure sahaja boleh membuat pendaftaran kelas dan pelajar untuk menjaga info pelajar. Oleh itu, guru kena buka laptop @ PC untuk tambah kelas atau tambah pelajar.
  • Daftar kelas dan tetapan nama pelajar bagi setiap nombor kad. Pelajar pertama akan diberi #1 dan seterusnya.
  • Cetak kad. 

  1. Boleh cetak 1 set sahaja untuk kegunaan banyak kelas. Saya cetak untuk setiap pelajar saya dan di masuk kan dalam buku nota.
  2. Cetakan adalah 1 kertas A4 untuk 2 simbol (2 pelajar). potong 2 dan jangan potong terlalu hampir dengan simbol agar jari pelajar tidak menutup simbol tersebut.
  3. print di atas kertas keras jika mampu. menggunakan laminate mungkin menghasilkan kesan silau. silau menghalang camera menangkap gambar simbol berkenaan.
  4. Membina soalan.

A. Membina sebelum kelas
  1. menggunakan website atau handphone.
  2. menggunakan website membolehkan kita upload gambar sebagai soalan.
  3. menggunakan website membolehkan kita membuat pelbagai fail bagi setiap matapelajaran dan topik.

B. perlu membina soalan serta merta di dalam kelas?  boleh dibina memggunakan handphone sahaja dan soalan boleh disusun mengikut urutan.




PENGGUNAAN
  1. Buka aplikasi, pilih soalan dan tekan butang kamera.
  2. Halakan kepada kad pelajar. bahagian demi bahagian. jika warna hijau, jawapan betul, merah salah, kelabu pelajar tidak menjawab.
  3. Jika guna live view dengan laptop utk paparan pelajar, guru boleh pilih sama ada ingin memaparkan jawapan pelajar atau tidak. guru akan menerima jawapan secara terus dari handphone.

👍KELEBIHAN "PLICKERS"
✅Mudah setup.
✅Hanya perlukan peranti dan paparan skrin dari guru.
✅Hanya perlukan SMARTPHONE guru untuk scan jawapan murid.
✅Tidak memerlukan internet dan boleh dibuat dalam kelas biasa.
✅Kertas Plickers Unique Code murid boleh diulang guna untuk beebrapa kelas lain. Hanya perlu ubah senarai nama murid. Boleh dipelbagai guna (Kebijaksaan guru untuk 'hack').

👎KEKURANGAN "PLICKERS"
- Mengambil masa untuk 'scan' jawapan murid.
- Sesetengah murid boleh menjadi bosan kerana ada waktu senggang antara soalan dan masa scan.
- Perlu 'print' code tersebut.
👉Download android app Plickers: http://gg.gg/plickersandroid 
👉Laman web Plickers: https://www.plickers.com


"KONGSI itu MESTI, BERKAT itu PASTI"
CIKGU SUHAIMIN

SUMBER DAN KREDIT KEPADA : 
CIKGU SITI NUR AZLIN
CIKGU HERRYAN SYAH BIN TUPAN (SISC +)

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA