MOHON PERHATIAN buat pelajar yang TELAH membuat permohonan KADS1M. Anda tidak perlu risau jika anda masih tidak
mendapat e-mail daripada Bank Rakyat mengenai status permohonan Kad Debit
Pelajar anda.
Bermula 1 Jun 2017, Bank Rakyat telah menyediakan satu sistem semakan status permohonan KADS1M yang boleh
diakses secara atas talian.
KADS1M berkenaan boleh diambil oleh pelajar dari
Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara berdasarkan maklumat yang didapati
semasa membuat semakan.
Cara membuat semakan status permohonan Kad Siswa 1 Malaysia (KADS1M) :
Cara membuat semakan status permohonan Kad Siswa 1 Malaysia (KADS1M) :
- Layari laman web aplikasi semakan status permohonan Kad Siswa 1 Malaysia (KADS1M) > https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
- Sila masukkan No Kad Pengenalan/ IC di dalam pautan "link" tersebut.
- Klik 'Semak'.
Sekiranya status permohonan KADS1M anda BERJAYA, SECARA
BERPERINGKAT, anda akan menerima "email" daripada pihak Bank Rakyat seperti
berikut :
Cara Pengambilan Kad Debit
Pelajar
Berikut adalah dokumen yang
diperlukan semasa pengambilan KADS1M :
UMUR DI BAWAH 18 TAHUN
- MyKad (Asal & 1 Salinan)
- Kad Pelajar (Asal & 1 Salinan)
- Surat Kebenaran dari Ibu/ Bapa/ Penjaga
- 1 Salinan MyKad Ibu/ Bapa/ Penjaga
- Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat Pelajar/ Pelanggan (Asal & 1 Salinan)
UMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS
- MyKad (Asal & 1 Salinan)
- Kad Pelajar (Asal & 1 Salinan)
Sehubungan dengan itu, Bank Rakyat telah melanjutkan tempoh operasi cawangannya bagi pengambilan KADS1M Debit-i ini.
LANJUTAN TEMPOH OPERASI CAWANGAN BANK RAKYAT BAGI PENGAMBILAN KADS1M DEBIT-i :
Kementerian Pendidikan Tinggi
meminta pelajar yang masih belum membuka akaun dengan Bank Rakyat untuk segera
berbuat demikian. Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun dengan Bank Rakyat
sebelum ini, mereka juga masih perlu membuka akaun baru kerana bantuan tersebut
akan hanya disalurkan menerusi akaun KADS1M Bank Rakyat.
Bagi pelajar yang telah
menerima e-mel dari Bank Rakyat, mereka diminta untuk mengambil KADS1M
masing-masing. Ini adalah kerana masih ramai pelajar yang belum berbuat
demikian walaupun telah dimaklumkan oleh Bank Rakyat.
Semua urusan agihan Bantuan
Pelajar Pendidikan Tinggi melalui KADS1M ini dijangka selesai selewatnya pada
15 Julai 2017.
Sumber : Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya - 26 Mei 2017
Sekian,
Terima kasih.
Terima kasih.
Catat Ulasan