Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W. kerana atas izin-Nya, my beloved friends and I (siswa pendidik PISMP Ambilan Jun 2015) done menduduki peperiksaan Mei 2017 yang bermula pada 08 Mei sehingga 26 Mei 2017 yang lalu. (RESULT KELUAR PADA 12 JUN NI)...

Pada entri blog kali ini, saya akan mengongsikan kursus-kursus yang akan ditawarkan kepada siswa pendidik PISMP Ambilan Jun 2015. Berikut merupakan butiran kursus-kursus tersebut :

1. Komponen kursus Amalan Profesional (PRKA) - PRKA3026 - Praktikum Fasa 1

Pada pengajian PISMP Semester 3 (Semester 1 Tahun 3) ini, kursus yang ditawarkan ialah Praktikum Fasa 1 (Kod Kursus: PRKA3026) dengan 6 kredit.
Umum sedia maklum, kursus ini adalah kursus yang mengkehendaki siswa pendidik menjalani praktikum di sekolah rendah yang telah dipilih (atau yang telah ditetapkan) oleh Unit Praktikum kampus IPG masing-masing.


Kursus ini dilaksanakan selama 12 minggu (3 BULAN) iaitu bermula pada 03 Julai sehingga 29 September 2017 bagi Negeri Kumpulan BBagi Negeri Kumpulan A, praktikum bermula pada 02 Julai sehingga 28 September. 

Untuk bidang teras (major)penyelia (pensyarah pembimbing) akan menyelia siswa pendidik sebanyak 4 kali dengan peruntukan jam sebanyak 2 jam. (4 kali penilaian dan bimbingan x 2 jam). Manakala, guru pembimbing pula akan membuat penilaian dan bimbingan kepada siswa pendidik sebanyak 5 kali dengan peruntukan masa sebanyak 2 jam (5 kali penilaian dan bimbingan x 2 jam).


Untuk bidang elektif teras pula (minor)penyelia (pensyarah pembimbing) akan menyelia siswa pendidik sebanyak 3 kali dengan peruntukan jam sebanyak 2 jam. (3 kali penilaian dan bimbingan x 2 jam). Manakala, guru pembimbing pula akan membuat penilaian dan bimbingan kepada siswa pendidik sebanyak 4 kali dengan peruntukan masa sebanyak 2 jam (4 kali penilaian dan bimbingan x 2 jam).

2. Komponen Kursus Elektif Terbuka

Setiap kursus elektif terbuka pilihan siswa pendidik berbeza dari aspek wajaran, kaedah pentaksiran but sama kredit, iaitu sebanyak 3 kredit.
Terdapat 36 kursus Elektif Terbuka yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia but bergantung kepada Bahagian Akademik IPG masing-masing dalam menawarkan kursus2 Elektif Terbuka ini.

3. Komponen Kursus Mata pelajaran Umum (MPU) - Bina Insan Guru (MPU3112)

Kursus ni, siswa pendidik IPG WAJIB ambil/ikut : Amali daripada Komponen Kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) iaitu Bina Insan Guru (BIG) selama 5 Hari 4 Malam di tempat yang dipersetujui oleh "batch" korang (pemilihan lokasi BIG tu berdasarkan pemilihan dan persetujuan bersama daripada batch n lecturer) *tu yang I know la.. Hhehhehe*
Kod kursus ni MPU3112 iaitu 2 jam kredit.

KESIMPULANNYA, ada 3 kursus yang akan kita ambil, iaitu PRKA3026 (Praktikum Fasa 1), MPU3112 (Bina Insan Guru) dan 1 kursus elektif terbuka yang korang pilih.

Hope bermanfaat...
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA dan SELAMAT BERCUTI...

MOHON BETULKAN AKU IF I AM WRONG ABOUT THIS...
#6DaysLeft *moreless
Hhahaha

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA