Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari ini, saya akan mengongsikan tips kepada calon yang bakal ditemu duga untuk melayakkan diri mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang ditaja oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). 

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada "adik-adik" kerana telah BERJAYA dan LULUS menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) baru-baru ini.
Berikut merupakan tips yang boleh "adik-adik" gunakan..


  1. Yakin terhadap diri sendiri that you "BOLEHHHHHHHH" dan "GET READY for your REASONS WHY YOU WANT TO BE A TEACHER".
  2. Ketahui isu-isu pendidikan terkini.
  3. Persiapkan diri dengan kemahiran berbahasa dalam bahasa Melayu baku dan bahasa Inggeris.
  4. Ketahui VIP beserta jawatan mereka dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. (yang PENTING jak ya.. bukan SEMUA... Kalau mau hafal semua pun BOLEH.. Hhehhehe)
  5. Tahu akan tema Hari Guru.
  6. Bijak mengemukakan isi dan justifikasi
  7. Beri orang lain "chance"untuk kemukakan isi/pandangan/idea - sebab Insha Allah, kamu akan ditemu duga secara berkumpulan yang terdiri daripada 1 sehingga 5 orang dan 2 panel penemu duga.
  8. Bertawakal dan redha.. Hhehhehehe.. 

Mohd Suhaimin Isnen:
Salam sejahtera semua.. Inshaallah, ini adalah beberapa tips yg dpt sy kongsikan utk mereka yg berjaya dipanggil untuk sesi temuduga IPG.

  1. Pastikan betul2, minat ke tak nak jadi cikgu. Sebab lepasan IPG ni akan jadi cikgu SK. So, akan berdepan dengan budak2.
  2. Baca maklumat dalam surat tawaran tu. Tarikh, masa dan tempat. Andai kata tempat IPG tu terlaluuuuuuu jauh, cuba call IPGM untuk minta tukar tempat interview.
  3. Sediakan dokumen2 yang berkaitan. Kalau rajin, buatlah resume. Sahkan semua dokumen yang akan dibawa. Print surat panggilan temuduga. Kalau dapt, isi semua dokumen tu dalam satu fail. Barulah nampak kemas dan bersedia utk jadi seorang guru.
  4. Interview akan dilakukan secara berkumpulan. Akan ada panelist dan juga beberapa calon di dalam satu bilik. Calon akan diberikan satu situasi (biasanya situasi semasa yg berkaitan dengan dunia pendidikan) dan calon diminta utk memberikan respon terhadap situasi tersebut. Dalam temuduga ini, yg akan diuji ialah bagaimana seseorang calon guru itu dpat memberi dan menerima pandangan mengenai satu2 situasi. KBAT amat digalakkan. Jangan terlampau mendominasi and jangan terlampau pasif dalam perbincangan. Nak uji social skills juga.. haha
  5. Penampilan mestilah menampakkan imej keguruan. Dari atas sampai bawah. Rambut kemas, pakaian bersesuaian dan seluar jgn terlampau kpop atau berfesyen sgt... kasut kulit bertumit. Neck tie jgn lupa. Kalau ada nametag yg hitam putih tu, digalakkan pakai.
  6. Tepati masa. Kalau dalam surat panggilan cakap sekian masa, cuba berada di tempat interview sekurang2nya 30 minit lebih awal dari masa yg ditetapkan.
  7. Cuba prihatin dengan isu semasa, terutamanya yang berkaitan dengan dunia pendidikan.
  8. Walau nervous mcm mna pun, senyum tu penting. Senyum dapat menyakinkan interviewers yg calon mmg da bersedia utk menjadi seorang guru pelatih.
  9. Berdoa lah banyak2 mudah2an dipermudahkan segalanya .
  10. Cuba berborak dengan rakan2 calon yg lain. At least dapat hilangkan janggal and dpt membantu utk 'berborak' ketika interview berkumpulan tu.

Credit to Cikgu Ariff Yusri

*Maybe terdapat perubahan format temu duga.. Tips tersebut adalah berdasarkan pengalaman saya ditemu duga untuk memasuki PISMP Ambilan Jun 2015 (PPISMP Ambilan Jun 2014) yang lalu. Harap bermanfaat kepada anda semua..


Semoga berjaya...

Untuk pengetahuan adik-adik semua, apabila anda berjaya mendapat tawaran memasuki Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini, adik-adik semua akan memasuki Program PERSEDIAAN Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 2 semester, iaitu 1 TAHUN terlebih dahulu.

Sekiranya adik berjaya melepasi pointer terkumpul (PNGT) yang telah ditetapkan oleh IPGM bagi PPISMP, adik-adik akan memasuki Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang sebenar, iaitu selama 4 TAHUN yang terdiri daripada 8 SEMESTER pengajian.

Semoga Allah mempermudahkan segalanya.. Aamiin..


#SharingIsLoving

1 Ulasan

  1. maafkan saya tapi kalau boleh content boleh tak gunakan warna lain sebab warna kuning tu buat tulisan jadi tak jelas dan berpinar ii je rase hehe.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA