Assalamualaikum dan selamat sejahtera
semua.. Hari ini, saya akan mengongsikan tips kepada calon yang bakal ditemu
duga untuk melayakkan diri mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) yang ditaja oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Sebelum itu, saya ingin mengucapkan SYABAS
dan TAHNIAH kepada "adik-adik" kerana telah BERJAYA dan LULUS
menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) baru-baru ini.
Berikut merupakan tips yang boleh
"adik-adik" gunakan..
- Yakin terhadap diri sendiri that you
"BOLEHHHHHHHH" dan "GET READY for your REASONS WHY
YOU WANT TO BE A TEACHER".
- Ketahui isu-isu pendidikan terkini.
- Persiapkan diri dengan kemahiran
berbahasa dalam bahasa Melayu baku dan bahasa Inggeris.
- Ketahui VIP beserta jawatan mereka
dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. (yang PENTING jak ya.. bukan
SEMUA... Kalau mau hafal semua pun BOLEH.. Hhehhehe)
- Tahu akan tema Hari Guru.
- Bijak mengemukakan isi dan justifikasi
- Beri orang lain
"chance"untuk kemukakan isi/pandangan/idea - sebab Insha Allah,
kamu akan ditemu duga secara berkumpulan yang terdiri daripada 1 sehingga
5 orang dan 2 panel penemu duga.
- Bertawakal dan redha.. Hhehhehehe..
Mohd Suhaimin Isnen:
Salam sejahtera semua.. Inshaallah, ini
adalah beberapa tips yg dpt sy kongsikan utk mereka yg berjaya dipanggil untuk
sesi temuduga IPG.
- Pastikan betul2, minat ke tak nak
jadi cikgu. Sebab lepasan IPG ni akan jadi cikgu SK. So, akan berdepan
dengan budak2.
- Baca maklumat dalam surat tawaran
tu. Tarikh, masa dan tempat. Andai kata tempat IPG tu terlaluuuuuuu jauh,
cuba call IPGM untuk minta tukar tempat interview.
- Sediakan dokumen2 yang berkaitan.
Kalau rajin, buatlah resume. Sahkan semua dokumen yang akan dibawa. Print
surat panggilan temuduga. Kalau dapt, isi semua dokumen tu dalam satu
fail. Barulah nampak kemas dan bersedia utk jadi seorang guru.
- Interview akan dilakukan secara
berkumpulan. Akan ada panelist dan juga beberapa calon di dalam satu
bilik. Calon akan diberikan satu situasi (biasanya situasi semasa yg
berkaitan dengan dunia pendidikan) dan calon diminta utk memberikan respon
terhadap situasi tersebut. Dalam temuduga ini, yg akan diuji ialah
bagaimana seseorang calon guru itu dpat memberi dan menerima pandangan
mengenai satu2 situasi. KBAT amat digalakkan. Jangan terlampau mendominasi
and jangan terlampau pasif dalam perbincangan. Nak uji social skills
juga.. haha
- Penampilan mestilah menampakkan imej
keguruan. Dari atas sampai bawah. Rambut kemas, pakaian bersesuaian dan
seluar jgn terlampau kpop atau berfesyen sgt... kasut kulit bertumit. Neck
tie jgn lupa. Kalau ada nametag yg hitam putih tu, digalakkan pakai.
- Tepati masa. Kalau dalam surat
panggilan cakap sekian masa, cuba berada di tempat interview sekurang2nya
30 minit lebih awal dari masa yg ditetapkan.
- Cuba prihatin dengan isu semasa,
terutamanya yang berkaitan dengan dunia pendidikan.
- Walau nervous mcm mna pun, senyum tu
penting. Senyum dapat menyakinkan interviewers yg calon mmg da bersedia
utk menjadi seorang guru pelatih.
- Berdoa lah banyak2 mudah2an
dipermudahkan segalanya .
- Cuba berborak dengan rakan2 calon yg
lain. At least dapat hilangkan janggal and dpt membantu utk 'berborak'
ketika interview berkumpulan tu.
Credit to Cikgu Ariff Yusri
*Maybe terdapat perubahan format temu
duga.. Tips tersebut adalah berdasarkan pengalaman saya ditemu duga untuk
memasuki PISMP Ambilan Jun 2015 (PPISMP Ambilan Jun 2014) yang lalu. Harap
bermanfaat kepada anda semua..
Semoga berjaya...
Untuk pengetahuan adik-adik semua, apabila anda berjaya mendapat tawaran memasuki Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan ini, adik-adik semua akan memasuki Program PERSEDIAAN Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 2 semester, iaitu 1 TAHUN terlebih
dahulu.
Sekiranya adik berjaya melepasi pointer
terkumpul (PNGT) yang telah ditetapkan oleh IPGM bagi PPISMP, adik-adik akan
memasuki Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang sebenar, iaitu
selama 4 TAHUN yang terdiri daripada 8 SEMESTER pengajian.
Semoga Allah mempermudahkan segalanya..
Aamiin..
#SharingIsLoving
maafkan saya tapi kalau boleh content boleh tak gunakan warna lain sebab warna kuning tu buat tulisan jadi tak jelas dan berpinar ii je rase hehe.
BalasPadamCatat Ulasan