Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam Kongsi itu Mesti, Berkat itu Pasti. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, saya dapat membina dan membangunkan blog CIKGU SUHAIMIN ini dengan jayanya pada 02 Januari 2017.

Saya, Mohd Suhaimin bin Isnen, merupakan seorang anak kelahiran Lahad Datu, Sabah yang  lahir pada 14 Disember 1996. Sejarah pendidikan saya bermula di Sekolah Kebangsaan Kampung Silam, Lahad Datu, Sabah yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Silam, Lahad Datu, Sabah iaitu bermula tahun 2003 sehingga 2008 (UPSR). Kemudian, saya menyambung persekolahan saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sepagaya, Lahad Datu, Sabah (SMK Sepagaya) bermula pada tahun 2009 sehingga 2013 (PMR dan SPM).

Pada tahun 2014, saya menyambung pengajian PPISMP dan PISMP yang menjadikan saya siswa pendidik yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian Bahasa Melayu (SK) Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2015 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Kini, saya berada pada Semester 6 iaitu Semester 2 Tahun 3 dalam pengajian saya. Saya akan menamatkan pengajian PISMP saya ini pada Jun 2019 (Insya-Allah).

Sedikit berkaitan diri saya, saya seorang yang sangat berminat dengan teknologi (ICT), pengendalian dan pengurusan program pendidikan dan kepimpinan serta penghasilan grafik-grafik menarik.

Moto saya iaitu KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI ialah slogan bagi blog ini. Moto ini bermaksud, apa sahaja ilmu yang saya dapat, saya akan kongsikan kepada anda semua (Insya-Allah) kerana ilmu itu lebih berkat sekiranya dikongsi bersama.

Segala tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah hasil daripada ilmu dan pengalaman saya sendiri. Sekiranya saya mengambil atau merujuk kepada sesuatu sumber, saya akan nyatakan "credit to" atau "sumber" pada setiap akhir penulisan saya.

Sebarang komen yang positif yang ditulis oleh anda amatlah dialu-alukan. Tegur saya dengan berhemah sekiranya terdapat kesilapan saya sepanjang mengendalikan blog pendidikan ini.


🌹 STATUS SAYA - SISWA PENDIDIK IPG, 
BELUM SAH BERGELAR GURU 🌹

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Ramai guru yang bertanya kepada saya.. "ngajar kat mana?, ajar mata pelajaran apa? "

🌷 Untuk makluman cikgu-cikgu semua, sya belum lagi sah bergelar guru 😅

🌷 Saya merupakan guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau, Sabah yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian Bahasa Melayu (SK) Pendidikan Rendah sehingga Jun 2019 (Insya Allah). Kini, saya berada pada Semester 5 (dah nak masuk Semester 6) dan saya berumur 21 tahun :) 

🌷 Kenapa menamakan blog CIKGU SUHAIMIN walaupun belum bergelar Cikgu? - Saya menamakan blog Cikgu Suhaimin kerana saya ingin menjadikannya tapak atau platform perkongsian saya bkaitan pendidikan dan juga menjadi IKON / IDENTITI saya.

🌷 Saya menjadikan alamat blog saya www.cikgusuhaimin.com kerana saya nak kekalkan blog ini sehingga saya berada dalam perkhidmatan sebagai seorang pendidik (Insya Allah) dan TERUS BERKONGSI berkaitan dunia #pendidikan 😄

🌷 KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI ialah moto bagi diri saya dan blog ini. Moto ini bermaksud, apa sahaja ilmu yang saya dapat, saya akan kongsikan kepada anda semua (Insya-Allah) kerana ilmu itu lebih berkat sekiranya dikongsi bersama.

🌷 JANGAN RISAU, apa yang saya kongsikan dalam blog saya adalah berdasarkan SUMBER yang SAHIH dan TERKINI.. 😅

🌷 Mohon doakan kesejahteraan saya dan keluarga ya Cikgu.. 😄 Aamiin..

Sekian, terima kasih 😄

KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI  🌷
CIKGU SUHAIMIN 
Mohd Suhaimin Isnen


PEMILIK DAN PENGURUS BLOG CIKGU SUHAIMIN


KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI
CIKGU SUHAIMIN,
02 JANUARI 2017

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA