BLOG PENDIDIKAN - MOHD SUHAIMIN ISNEN - KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI - SEJAK 2 JANUARI 2017

Tuesday, December 5, 2017

Modul Multimedia dalam PdPc STEM Abad 21 - Modul Tutorial Penggunaan Teknologi yang Terbaik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, saya berkongsi berkaitan Modul Multimedia dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) STEM Abad 21. Modul ini telah diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 28 Ogos 2017 (Pelancaran Modul) yang ditulis oleh 10 orang guru yang pakar dalam penggunaan teknologi dalam PdPc.


Walaupun modul ini khusus kepada mata pelajaran STEM iaitu Science, Technology, Engineering and Mathematics, namun ia juga SANGAT SESUAI untuk dijadikan sebagai rujukan kepada guru semua mata pelajaran sama ada pada peringkat rendah atau menengah dalam menggunakan teknik-teknik pengintegrasian TMK dalam PdPc.

Ini kerana modul ini mempunyai kandungan dan tutorial yang sangat baik dalam menunjukkan langkah-langkah menggunakan teknologi (khususnya) untuk diintegrasikan dalam PdPc agar PdPc lebih "bermakna" dan efektif selaras dengan Anjakan Ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 iaitu Memanfaatkan Teknologi Komunikasi Maklumat bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia.

Muka Hadapan
Modul Multimedia dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) STEM Abad ke-21

Modul ini mempunyai tutorial yang terbaik dan terperinci dalam menyediakan langkah-langkah menggunakan unsur TMK dalam PdPc. Antara kandungan yang terdapat dalam modul ini adalah TUTORIAL LENGKAP bagi kaedah seperti berikut 👇

01. Teknik "Screen Mirroring"
02. Digital Ink
03. Video Editor - Youtube Editor dan VivaVideo
04. Green Screen
05. Google Classroom
06. Quizziz
07. Formative
08. Plickers
09. EDpuzzle
10. H5P (HTML 5 Packages)
11. Vizia

Modul ini diselaras oleh Puan Norwani binti Mamad daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dan ditulis oleh 10 orang guru iaitu seperti gambar di bawah :

Penyelaras dan Penulis-penulis
Modul Multimedia dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) STEM Abad ke-21

Sehubungan dengan itu, MODUL INI BOLEH DIMUAT TURUN MELALUI PAUTAN BERIKUT 👇

sila klik ikon di bawah untuk memuat turun modul tersebut



SUMBER :

Kementerian Pendidikan Malaysia


JOM JOIN TELEGRAM CHANNEL DAN GROUP SAYA DI URL BERIKUT 👇

CHANNEL CIKGU SUHAIMIN 👇
 t.me/cikgusuhaimindotcom
GROUP CIKGU SUHAIMIN 👇
 t.me/cgusuhaimin

KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI
CIKGU SUHAIMIN
Share:
Location: Malaysia

0 komen:

Post a Comment

JUMLAH KUNJUNGAN SEJAK 02/01/2017

"LIKE" FACEBOOK PAGE SAYA

CIKGU SUHAIMIN

"SUBSCRIBE" SALURAN "YOUTUBE" SAYA

PEMBERITAHUAN DARIPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...