BLOG PENDIDIKAN - MOHD SUHAIMIN ISNEN - KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI - SEJAK 2 JANUARI 2017

Friday, December 29, 2017

Info dan Dokumen Lengkap Common European Framework of Reference (CEFR) Bahasa Inggeris


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Umum sedia maklum, mata pelajaran khususnya Bahasa Inggeris telah mengalami perubahan baharu dalam aspek pelaksanaan kurikulumnya iaitu Common European Framework of Reference atau lebih dikenali sebagai CEFR. Sehubungan dengan itu, saya tertarik dengan perkongsian daripada seorang guru melalui laman Facebooknya yang memberikan info berkaitan CEFR ini khusus berkaitan Tahun 1 dan Tahun 2, iaitu Cikgu Bnd My. 

Mungkin ramai guru yang masih tak dapat maklumat penuh atau tepat untuk laksanakan kurikulum baru berdasarkan CEFR. Harap maklumat ringkas yang disertakan dapat membantu guru2 tahun 1 dan 2 B.Inggeris sama2 melaksanakan polisi baru ini seawal hari pertama persekolahan. Untuk maklumat terperinci, guru2 berkenaan perlu berjumpa dengan guru yang mengikuti kursus CURRICULUM INDUCTION yang telah dilaksanakan.

Dokumen asas yang perlu guru ada sebelum memulakan PdPC.
  1. Buku teks SUPERMINDS
  2. Primary Year 1/2 Scheme of Work (SOW) Phonics
  3. Primary Year 1/2 Syllabus
  4. Primary Year 1/2 Scheme of Work (SOW)
Semua dokumen kecuali buku teks boleh dimuat turun di laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau sila klik pada pautan berikut :

English Primary Curriculum Framework 2018

English Secondary Curriculum Framework 2018

MUAT TURUN DOKUMEN CEFR

TAHUN 1 / YEAR 1

 1. DSKP Bahasa Inggeris Tahun 1 (SK)

2. English Language Syllabus Primary Year 1

3. English Language Scheme of Work for Phonics Primary Year 1


4. English Language Scheme of Work Primary Year 1 (SK)

TAHUN 2 / YEAR 2

1. DSKP Bahasa Inggeris Tahun 2 (SK)

2. English Language Syllabus Primary Year 2

3. English Language Scheme of Work for Phonics Primary Year 2

4. English Language Scheme of Work Primary Year 2 (SK)
1. Tahun 1 & 2 akan menggunakan sepenuhnya buku teks baru SUPERMINDS. Buku teks lama tidak akan digunakan lagi atau boleh digunakan sebagai rujukan tambahan guru2 (untuk mencari aktiviti atau bahan yang sesuai dengan tajuk dan tema di dalam buku teks SUPERMINDS).

2. Tajuk di dalam buku teks SUPERMINDS dibahagikan mengikut unit berikut;
Tahun 1: Unit Introduction - Unit 4
Tahun 2: Unit 5 - 9

3. Minggu Transisi 
Tahun 1 selama 4 minggu dan tahun 2 selama 2 minggu. 
Semua guru mesti melaksanakan PHONICS sepanjang minggu transisi. Semua guru boleh merujuk kepada dokumen SOW PHONICS. Terdapat maklumat lengkap untuk merangka lesson plan di dalam SOW.

4. Lesson plan
Sebagai permulaan, guru2 boleh copy and paste sahaja contoh lesson yang telah diberi dan laksanakan di dalam kelas. Semua maklumat lengkap termasuk aktiviti yang boleh dilaksanakan terdapat di dalam PRIMARY YEAR 1/2 SOW. Semua telah lengkap kecuali 2 perkara. 
LEARNING OBJECTIVE & COMPLEMENTARY LEARNING OBJECTIVE. Objektif perlu ditetapkan sendiri oleh guru berdasarkan aktiviti dan pencapaian yang diharapkan di dalam kelas semasa PdPC.

Learning Objective : objektif utama yang guru ingin capai untuk PdPC tersebut. (Dijana berdasarkan LEARNING STANDARD yang diberi di dalam SOW)

Complementary Objective : Objektif sampingan untuk aktiviti di dalam PdPC tersebut (dijana berdasarkan COMPLEMENTARY LEARNING STANDARD yang diberi di dalam SOW)

Aktiviti juga telah disediakan tetapi guru boleh mengubah mana2 bahagian supaya sesuai dengan tahap murid masing2.

Contoh objektif yang bagus seperti berikut :
By the end of the lesson, pupils will be able to use a sentence to say what their and other's favourite toys are.

Objektif yang bagus mesti memenuhi kriteria MOCA iaitu :
  1. Measurable
  2. Observable
  3. Clear
  4. Achievable
SOW mengandungi textbook lesson dan non-textbook lesson.

Textbook lesson adalah aktiviti yang merujuk kepada helaian aktiviti yang terkandung dalam buku teks.

Non-textbook lesson adalah tambahan aktiviti untuk penggayaan dan pemulihan berdasarkan textbook lesson.

Guru tak perlu risau samada ianya textbook atau non-textbook lesson. Semua telah disediakan di dalam SOW.

5. Guru2 sama sekali tidak boleh mengubah elemen yang terkandung dalam SOW kecuali LEARNING OUTLINE (aktiviti yang ingin dijalankan: pre, while, post). Guru2 boleh mengubah aktiviti yang sesuai dengan tahap pencapaian murid dan juga bahan yang telah guru2 sediakan.

6. Format lesson plan tidak ditetapkan. Boleh menggunakan apa2 format yang diberi oleh pihak PPD atau Sekolah. Tetapi guru tidak boleh buang mana2 elemen yang terdapat dalam SOW.

Semoga maklumat ini dapat membantu guru-guru Tahun 1 dan 2 untuk melaksanakan PdPC dengan betul mengikut polisi baru CEFR pada tahun 2018.

Good luck everyone ❤

PENGHARGAAN KEPADA PUAN / CIKGU BND MY  DAN MADAM GLORIA JAY ATAS PERKONGSIAN MAKLUMAT YANG BERMANFAAT INI

SUMBER :
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JOM JOIN TELEGRAM CHANNEL DAN GROUP SAYA DI URL BERIKUT 👇

CHANNEL CIKGU SUHAIMIN 👇


GROUP CIKGU SUHAIMIN 👇

KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI
- CIKGU SUHAIMIN -
Share:
Location: Lahad Datu, Sabah, Malaysia

0 komen:

Post a Comment

JUMLAH KUNJUNGAN SEJAK 02/01/2017

"LIKE" FACEBOOK PAGE SAYA

CIKGU SUHAIMIN

"SUBSCRIBE" SALURAN "YOUTUBE" SAYA

PEMBERITAHUAN DARIPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...