BLOG PENDIDIKAN - MOHD SUHAIMIN ISNEN - KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI - SEJAK 2 JANUARI 2017

Friday, December 15, 2017

5 Langkah Memaparkan Paparan Skrin 'Smartphone' ke Skrin 'Laptop' Menggunakan Teknik ‘Mirroring’



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, saya berkongsi berkaitan langkah-langkah untuk memaparkan paparan yang terdapat pada telefon pintar (smartphone) ke laptop TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG APLIKASI menggunakan Teknik 'Mirroring'.

Untuk pengetahuan anda, Teknik Mirroring ini sangat mudah, ringkas dan senang untuk diaplikasikan. Murid-murid pun berasa seronok apabila kita menggunakan teknik ini semasa Pembelajaran dan Pemudahcaraan berlangsung. Ia sangat efektif dalam menarik perhatian murid untuk belajar. Saya dah apply dan YA!! Memang berkesan.. Hehe..

BERIKUT MERUPAKAN 5 LANGKAH MELAKUKAN TEKNIK MIRRORING INI :

LANGKAH 1 ; SEDIAKAN TELEFON PINTAR (SMARTPHONE) DAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP) WINDOWS 10 terlebih dahulu. Of course, tanpa 2 device ni, memang tak jadila teknik Mirroring ni.. Hehe

Dalam tutorial ini, saya menggunakan smartphone Samsung Galaxy Note 3 dan Laptop Acer.

LANGKAH 2 : CARI MENU MIRRORING DALAM LAPTOP / PC ANDA. Teknik Mirroring ini hanya boleh dilakukan menggunakan PC/LAPTOP yang menggunakan Sistem Pengoperasian (OS) Windows 10 sahaja. Windows XP sehingga Windows 8.1 tidak mempunyai OPTION MIRORRING INI.

Untuk memudahkan anda mencari option "mirroring" ini, anda hanya perlu menaip CONNECT pada tempat carian anda (Windows Search) seperti gambar di bawah (No. 1). Kemudian, klik atau tekan pada paparan No. 2.


Apabila paparan seperti ditunjukkan pada gambar di bawah terpapar pada skrin laptop anda, option MIRRORRING SUDAH TERSEDIA untuk melakukan sambungan (connection) dengan smartphone anda.



LANGKAH 3 : CARI MENU MIRRORING DALAM SMARTPHONE ANDA. Untuk pengetahuan anda, menu "mirroring" ini terdapat pada semua jenama smartphone, namun berbeza nama sahaja. Berikut merupakan cara mencari menu "mirroring" ini mengikut jenama smartphone yang dikongsikan oleh Cikgu Aman (Tq Cikgu Aman).. Hehehe

Telefon Pintar Samsung – screen mirroring / smart view 
Telefon Pintar Sony - Mirror Share
Telefon Pintar Apple – Air Play 
Telefon Pintar Asus - Play to / MiraCast
Telefon Pintar Huawei - MirrorShare
Telefon Pintar Lenovo - Cast Sreen
Telefon Pintar LG   - miracast
Telefon Pintar Xiaomi - setting > more > wireless display  
Telefon Pintar Oppo - setting->other wireless connections->wireless display
Telefon Yes Altitude – Cast Screen
Telefon pintar vivo - wi-fi display
Xiaomi Redmi 4 - Cast
Meizu - Screen Cast

Dalam tutorial ini, saya menggunakan Telefon Pintar Samsung Galaxy Note 3

LANGKAH 4 : TEKAN/KLIK SCREEN MIRRORING SEPERTI GAMBAR DI BAWAH PADA TELEFON PINTAR ANDA.


PAPARAN SEPERTI GAMBAR DI BAWAH AKAN TERPAPAR PADA SKRIN SMARTPHONE ANDA.


LANGKAH 5 : TEKAN PADA NAMA LAPTOP/PC YANG ANDA HENDAK DISAMBUNGKAN DENGAN SMARTPHONE ANDA.


PAPARAN SEPERTI GAMBAR DI BAWAH AKAN TERPAPAR PADA SKRIN SMARTPHONE ANDA.


Tadaaaa... DAH BERJAYA.. Alhamdulillah..  👇

Jangan lupa switch on Screen Rotation pada smartphone anda untuk menjadikan paparannya dalam bentuk landscape. Then, pergi ke mana-mana menu atau aplikasi yang anda suka untuk dipaparkan pada laptop anda.

Semasa PdPc, saya menggunakan kamera untuk menangkap gambar hasil kerja murid dan paparkan terus melalui laptop yang bersambung dengan projector. Semua murid dapat nampak dan pembetulan dapat dilaksanakan.

Misalnya, saya menggunakan S Pen untuk membetulkan jawapan murid dan murid-murid dapat melihat terus melalui paparan di skrin interaktif. Banyak lagi kebaikan menggunakan screen mirroring ni... Nak mahir? explore it by yourself.. Trust me.. Hehehe..

Anda boleh mengawal dari jarak jauh (jangan jauh sangat) but dalam kelas boleh la gerak sana sini. Contohnya anda memaparkan slaid powerpoint menggunakan smartphone melalui teknik mirroring ini dsb. Oh ya, boleh zoom in, zoom out.. macam selalu buat kat gambar.. Hehe..


Semoga dapat membantu anda. Aamiin. Sebarang pertanyaan, anda boleh kemukakan dalam ruangan komen di bawah. Terima kasih.

MOHON PERHATIAN. Tidak semua laptop Windows 10 menyokong (compatible) teknik Mirroring ini - bergantung kepada firmware laptop anda (Perkongsian daripada Cikgu Herryan Syah, TQ Cikgu). Insya Allah, if u are lucky, boleh buat ni. BELUM CUBA BELUM TAHU.. Hhehhee

JOM JOIN TELEGRAM CHANNEL DAN GROUP SAYA DI URL BERIKUT 👇

CHANNEL CIKGU SUHAIMIN 👇
 t.me/cikgusuhaimindotcom
GROUP CIKGU SUHAIMIN 👇
 t.me/cgusuhaimin

KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI
- CIKGU SUHAIMIN -
Share:
Location: Lahad Datu, Sabah, Malaysia

5 comments:

  1. tahniah cikgu..bahan yang berguna. semoga terus cemerlang. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. sama-sama dan terima kasih kembali Cikgu..

      Delete
  2. really helpful..thumbs up

    ReplyDelete

JUMLAH KUNJUNGAN SEJAK 02/01/2017

"LIKE" FACEBOOK PAGE SAYA

CIKGU SUHAIMIN

"SUBSCRIBE" SALURAN "YOUTUBE" SAYA

PEMBERITAHUAN DARIPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...