BLOG PENDIDIKAN - MOHD SUHAIMIN ISNEN - KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI - SEJAK 2 JANUARI 2017

Wednesday, November 15, 2017

Tujuh Kursus Semester 6 (Semester 2 Tahun 3) - PISMP Bahasa Melayu (SK) Mulai Ambilan Jun 2015 di Kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada entri kali ini, saya akan berkongsi berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan kepada siswa pendidik yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Bahasa Melayu (Sekolah Kebangsaan) Pendidikan Rendah di mana-mana kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) . Kursus-kursus ini ditawarkan kepada siswa pendidik PISMP Bahasa Melayu (SK) mulai AMBILAN JUN 2015 yang berada pada Semester 6 iaitu Semester 2 Tahun 3. Sehubungan dengan itu, berikut merupakan serba sedikit berkaitan 7 kursus tersebut berserta wajarannya dalam pentaksiran :

  1. BMMB3103👉PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK
  2. BMMB 3113👉PERKAMUSAN, PERISTILAHAN DAN PENTERJEMAHAN BAHASA MELAYU
  3. BMMB 3123👉SEMANTIK BAHASA MELAYU
  4. BMMB 3132👉PENDIDIKAN INKLUSIF
  5. BMMB 3143👉ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
  6. BMMB 3152👉NOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  7. MPU 3122👉HUBUNGAN ETNIK
1. KURSUS PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK (BMMB 3103)

Kursus Penulisan Kreatif Sastera Kanak-kanak (BMMB3103) ini merupakan komponen kursus Bidang Teras yang ditawarkan kepada siswa pendidik mod sepenuh masa yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian Bahasa Melayu (Sekolah Kebangsaan) Pendidikan Rendah mulai Ambilan Jun 2015 di mana-mana kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

            Sehubungan dengan itu, kursus ini ditawarkan kepada siswa pendidik PISMP Bahasa Melayu (SK) yang berada pada Semester 6 (Semester 2 Tahun 3). Kursus ini ditaksir melalui kerja kursus dan peperiksaan.

            Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat mengasah bakat dalam penulisan karya kreatif berbentuk puisi dan prosa yang sesuai untuk kanak-kanak.  Kursus ini juga menjelaskan tentang perkembangan sastera kanak-kanak, genre sastera kanak-kanak, konsep kreativiti, proses kreatif, penghasilan puisi tradisional dan moden, penghasilan lirik lagu, penghasilan prosa moden dan cerita serta penilaian karya.

Gambar di bawah menunjukkan jenis pentaksiran bagi kursus ini :




2. KURSUS PERKAMUSAN, PERISTILAHAN DAN PENTERJEMAHAN BAHASA MELAYU (BMMB 3113)

Kursus Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu (BMMB3113) ini merupakan komponen kursus Bidang Teras yang ditawarkan kepada siswa pendidik mod sepenuh masa yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian Bahasa Melayu (Sekolah Kebangsaan) Pendidikan Rendah mulai Ambilan Jun 2015 di mana-mana kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

            Sehubungan dengan itu, kursus ini ditawarkan kepada siswa pendidik PISMP Bahasa Melayu (SK) yang berada pada Semester 6 (Semester 2 Tahun 3). Kursus ini ditaksir melalui kerja kursus dan peperiksaan.

            Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat memahami ilmu tentang perkamusan, peristilahan dan penterjemahan Bahasa Melayu. Kursus ini memfokuskan sejarah perkamusan bahasa Melayu, perkamusan, sebutan dan etimologi, isu-isu dan cabaran dalam perkamusan, masa depan perkamusan, peristilahan bahasa Melayu, sumber istilah bahasa Melayu, mengaplikasi pembentukan istilah menggunakan skema tatacara pembentukan istilah bahasa Melayu, pengenalan sejarah penterjemahan di Malaysia, proses menterjemah, kaedah menterjemah (formal/tradisional), menterjemah bahan autentik dan keperluan memahami budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran dalam penterjemahan.

Gambar di bawah menunjukkan jenis pentaksiran bagi kursus ini :


3. KURSUS SEMANTIK BAHASA MELAYU BMMB 3123

Kursus Semantik Bahasa Melayu (BMMB3123) ini merupakan komponen kursus Bidang Teras yang ditawarkan kepada siswa pendidik mod sepenuh masa yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian Bahasa Melayu (Sekolah Kebangsaan) Pendidikan Rendah mulai Ambilan Jun 2015 di mana-mana kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

            Sehubungan dengan itu, kursus ini ditawarkan kepada siswa pendidik PISMP Bahasa Melayu (SK) yang berada pada Semester 6 (Semester 2 Tahun 3). Kursus ini ditaksir melalui kerja kursus dan peperiksaan.

            Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu Semantik Bahasa Melayu. Kursus ini juga menghuraikan sejarah perkembangan ilmu semantik, fitur makna dan makna leksikal dalam bahasa Melayu, perubahan makna leksikal dalam semantik, ketaksaan makna leksikal dalam tatabahasa, makna ayat dalam bahasa Melayu, teori semantik, teori pembuktian, aplikasi teori dalam peribahasa bahasa Melayu, perubahan semantik dalam ayat, perubahan semantik akibat pengaruh pragmatik, perubahan semantik dalam ayat berdasarkan jenis-jenis pragmatik, hubungan semantik dan strategi amalan kesopanan dalam linguistik dan perumusan hubungan semantik dengan linguistik.

Gambar di bawah menunjukkan jenis pentaksiran bagi kursus ini :


4. KURSUS PENDIDIKAN INKLUSIF (BMMB 3132)

Kursus Pendidikan Inklusif (BMMB3132) ini merupakan komponen kursus Bidang Teras yang ditawarkan kepada siswa pendidik mod sepenuh masa yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian Bahasa Melayu (Sekolah Kebangsaan) Pendidikan Rendah mulai Ambilan Jun 2015 di mana-mana kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

            Sehubungan dengan itu, kursus ini ditawarkan kepada siswa pendidik PISMP Bahasa Melayu (SK) yang berada pada Semester 6 (Semester 2 Tahun 3). Kursus ini ditaksir melalui kerja kursus dan peperiksaan.

            Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat kefahaman mengenai konsep dan pelaksanaan pendidikan inklusif dalam bidang Bahasa Melayu di Malaysia. Kursus ini merangkumi sejarah, matlamat, dasar; pendekatan dan pelaksanaan pendidikan inklusif; dan peranan pihak berkepentingan dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Kursus ini juga menekankan tentang konsep dan pelaksanaan pedagogi inklusif; dan membincangkan faktor kritikal kejayaan dan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif.

Gambar di bawah menunjukkan jenis pentaksiran bagi kursus ini :


5. KURSUS ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (BMMB 3143)

Kursus Asas Penyelidikan dalam Pendidikan (BMMB3143) ini merupakan komponen kursus Bidang Teras yang ditawarkan kepada siswa pendidik mod sepenuh masa yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian Bahasa Melayu (Sekolah Kebangsaan) Pendidikan Rendah mulai Ambilan Jun 2015 di mana-mana kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

            Sehubungan dengan itu, kursus ini ditawarkan kepada siswa pendidik PISMP Bahasa Melayu (SK) yang berada pada Semester 6 (Semester 2 Tahun 3). Kursus ini ditaksir melalui kerja kursus dan peperiksaan.

            Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat diberi pendedahan tentang asas penyelidikan serta kemahiran merancang dan menghasilkan kertas cadangan penyelidikan dalam pendidikan. Seterusnya, menjadi satu amalan dan sebahagian daripada tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik. Kursus ini memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang asas penyelidikan dalam pendidikan. Dalam kursus ini, pelajar dapat menganalisis isu-isu dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan dan membincangkan proses penyelidikan dalam pendidikan. Di samping itu, melalui kursus ini juga, pelajar dapat mengaplikasikan segala pengetahuan yang diperolehi melalui penghasilan satu kertas cadangan penyelidikan dalam pendidikan.

Gambar di bawah menunjukkan jenis pentaksiran bagi kursus ini :


6. KURSUS INOVASI DIGITAL
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (BMMB 3152)

Kursus Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (BMMB3152) ini merupakan komponen kursus Bidang Teras yang ditawarkan kepada siswa pendidik mod sepenuh masa yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian Bahasa Melayu (Sekolah Kebangsaan) Pendidikan Rendah mulai Ambilan Jun 2015 di mana-mana kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

            Sehubungan dengan itu, kursus ini ditawarkan kepada siswa pendidik PISMP Bahasa Melayu (SK) yang berada pada Semester 6 (Semester 2 Tahun 3). Kursus ini ditaksir melalui kerja kursus sahaja.

            Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menghasilkan inovasi berbentuk digital dalam pengajaran dan pembelajaran bagi bahasa Melayu dengan menggunakan alat-alat digital yang sesuai. Melalui kursus ini juga, pelajar mampu menjelaskan konsep dan proses inovasi; menjana idea dalam menghasilkan projek inovasi; menyedia, membangun dan melaksanakan projek inovasi untuk pengajaran dan pembelajaran; melaksanakan promosi dan pemasaran inovasi serta menilai projek inovasi.

Gambar di bawah menunjukkan jenis pentaksiran bagi kursus ini :


7. KURSUS HUBUNGAN ETNIK (MPU 3122)

Kursus Hubungan Etnik (MPU3122) ini merupakan komponen kursus Mata Pelajaran Umum (MPU)  yang ditawarkan kepada siswa pendidik mod sepenuh masa yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian Bahasa Melayu (Sekolah Kebangsaan) Pendidikan Rendah mulai Ambilan Jun 2015 di mana-mana kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

            Sehubungan dengan itu, kursus ini ditawarkan kepada siswa pendidik PISMP Bahasa Melayu (SK) yang berada pada Semester 6 (Semester 2 Tahun 3). Kursus ini ditaksir melalui kerja kursus sahaja.

            Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menjelaskan sejarah Malaysia dalam konteks kepelbagaian etnik dan tanggungjawab warganegara untuk menjaga keharmonian melalui integrasi nasional. Kursus ini juga memfokuskan pembinaan negara bangsa, konsep-konsep asas hubungan etnik, masyarakat pluralistik Alam Melayu, hubungan etnik dari perspektif pembangunan ekonomi, politik dan kepelbagaian agama, perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, dan usaha serta cabaran pemupukan integrasi nasional.


Gambar di bawah menunjukkan jenis pentaksiran bagi kursus ini :



       Kesimpulannya, terdapat TUJUH (7) kursus yang akan diambil oleh siswa pendidik PISMP Bahasa Melayu (SK) MULAI AMBILAN JUN 2015 dan terdapat 18 jumlah kredit bagi pengajian PISMP Semester 6 (Semester 2 Tahun 3) ini. Sehubungan dengan itu, hanya 5 KURSUS SAHAJA YANG MEMPUNYAI PEPERIKSAAN. So, semoga berjaya. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Aamiin.

SUMBER : 
RINGKASAN MAKLUMAT KURSUS (RMK) 
YANG BERKUAT KUASA MULAI JUN 2015 
(KEMAS KINI NOVEMBER 2016)

"KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI"
- CIKGU SUHAIMIN -
Share:
Location: KM 36, Jalan Balung, Beg Berkunci No. 27, 91009 Tawau, 91000, Malaysia

4 comments:

  1. ada x subjek lain,mohon share rmk yg penuh... hehe ... thx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk PISMP semester 6 (sem depan) ni, hanya 7 kursus atau subjek sahaja yg ditawarkan.. Hehe..
      Tak boleh bagi RMK..sorry,. sbb dia SULIT.. Tak dibenarkan publish in public...

      Delete
  2. Alhamdulillah, tahniah cikgu. Boleh mantapkan lagi pengisian dengan bahan-bahan tambahan seperti contoh-contoh sasterawan dan rujukan.

    ReplyDelete

JUMLAH KUNJUNGAN SEJAK 02/01/2017

"LIKE" FACEBOOK PAGE SAYA

CIKGU SUHAIMIN

"SUBSCRIBE" SALURAN "YOUTUBE" SAYA

PEMBERITAHUAN DARIPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...