BLOG PENDIDIKAN - MOHD SUHAIMIN ISNEN - KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI - SEJAK 2 JANUARI 2017

Friday, November 10, 2017

Templat Pelaporan Pentaksiran Sekolah bagi Setiap Mata Pelajaran KSSR (Semakan 2017) Tahun 1



Pelaporan Pentaksiran Sekolah atau akronimnya PPS merupakan salah satu item dalam pelaporan sekolah daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran Sekolah (PS) merupakan satu proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.

         Proses ini berlaku secara berterusan dengan menggunakan kaedah formatif dan sumatif secara formal atau informal supaya guru dapat menentukan tahap penguasaan sebenar murid. PS perlu dilaksanakan secara holistik berdasarkan prinsip inklusif, autentik dan setempat (localised). Maklumat yang diperoleh dari PS akan digunakan oleh pihak sekolah dan ibu bapa dalam merancang tindakan susulan ke arah peningkatan perkembangan pembelajaran murid.

      Sehubungan dengan itu, sebagai seorang guru, adalah penting untuk kita merekod perkembangan mereka daripada aspek kurikulum. Berikut merupakan templat Pelaporan Pentaksiran Sekolah bagi semua mata pelajaran KSSR Semakan 2017 Tahun 1 berformatkan .xlxs - boleh disunting (editable) yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Sila klik pada mata pelajaran yang anda inginkan untuk memuat turun templat tersebut. Terima kasih .

TEMPLAT
PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH
MATA PELAJARAN
KSSR SEMAKAN 2017
TAHUN 1

Bahasa Melayu (SJKC dan SJKT)
Bahasa Inggeris (SJKC dan SJKT)
Bahasa Cina (SJKC)
Bahasa Tamil (SJKT)

MUAT TURUN DSKP Mata Pelajaran KSSR Semakan 2017 Tahun 1

SUMBER : 
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM (BPK)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Share:
Location: KM 36, Jalan Balung, Beg Berkunci No. 27, 91009 Tawau, 91000, Malaysia

6 comments:

  1. TERIMA KASIH CIKGU SUHAIMIN.
    Nak tanya kalau tapak yang memerlukan password tu macam mana nak open ye?
    TQ

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu...sy dwload beberapa bahan yer..susahnya nk carik template pelaporan semua subjek..

    ReplyDelete

JUMLAH KUNJUNGAN SEJAK 02/01/2017

"LIKE" FACEBOOK PAGE SAYA

CIKGU SUHAIMIN

"SUBSCRIBE" SALURAN "YOUTUBE" SAYA

PEMBERITAHUAN DARIPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...