BLOG PENDIDIKAN - MOHD SUHAIMIN ISNEN - KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI - SEJAK 2 JANUARI 2017

Saturday, November 18, 2017

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kampus Institut Pendidikan Guru (IPG)




👇PENGENALAN👇

👉Program ini dikhususkan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah. 
👉Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan meyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. 
👉Program ini ditawarkan di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.


👇MATLAMAT PROGRAM👇

👉Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun dalam tahun permohonan dibuat.
  3. Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  4. Mendapat gred CEMERLANG dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran  di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  5. Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  6. Lulus Bahasa Inggeris.
  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

👇SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS👇

👉Calon mestilah LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang dijalankan selama dua belas (12) bulan/ dua (2) semester dan  akan diberikan Sijil Tamat PPISMP serta DITAWARKAN mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)  selama empat (4) tahun/ lapan (8) semester di IPG.
👉Program PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.

👇BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN*👇

Sekolah Kebangsaan/ Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/ Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

đź’“Bahasa Melayu
đź’“Pendidikan Jasmani
đź’“Bahasa Inggeris
đź’“Pendidikan Islam
đź’“Bahasa Arab
đź’“Pendidikan Seni Visual
đź’“Bahasa Cina
đź’“Pendidikan Muzik
đź’“Bahasa Tamil
đź’“Pendidikan Muzik
đź’“Bahasa Iban
đź’“Pendidikan Khas
đź’“Bahasa Kadazandusun
đź’“Pendidikan Awal Kanak-kanak
đź’“Sains
đź’“Reka Bentuk Teknologi
đź’“Matematik
đź’“Bimbingan dan Kaunseling
đź’“Sejarah

* Tertakluk kepada pindaan

👇CARA MEMOHON👇

👉Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari Portal Kementerian Pendidikan Malaysia di http://www.moe.gov.my selepas keputusan SPM diumumkan.
👉Permohonan calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan.
👉Calon terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.
👉Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini bila-bila masa.
👉Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.

👇CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON👇

👉Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
👉Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
👉Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
👉Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

👇PROSEDUR KEMASUKAN👇



👇PENGANUGERAHAN IJAZAH👇

👉Seseorang pelajar akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian setelah berjaya menyempurnakan pengajian selama 8 semester dengan jumlah kredit 133 kredit dan memenuhi semua syarat lain yang ditetapkan oleh Senat IPG.

SUMBER : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)
Share:
Location: Lahad Datu, Sabah, Malaysia

0 komen:

Post a Comment

JUMLAH KUNJUNGAN SEJAK 02/01/2017

"LIKE" FACEBOOK PAGE SAYA

CIKGU SUHAIMIN

"SUBSCRIBE" SALURAN "YOUTUBE" SAYA

PEMBERITAHUAN DARIPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...