BLOG PENDIDIKAN - MOHD SUHAIMIN ISNEN - KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI - SEJAK 2 JANUARI 2017

Thursday, November 30, 2017

Penangguhan Pelaksanaan Audit SKPMg2 Fasa 1



Baru-baru ini, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia melalui laman Facebooknya pada 26 November 2017 yang lalu menyatakan bahawa pelaksanaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 atau lebih dikenali sebagai SKPMg2 DITANGGUHKAN.

sumber : Facebook Rasmi Datuk Seri Mahdzir Khalid


Pelaksanaan audit SKPMg2 Fasa 1 ini ditangguhkan dan pekeliling daripada Kementerian Pendidikan Malaysia telah rasmi dikeluarkan berhubung perkara ini bertarikh 30 November 2017 (hari ini) 👇

sumber : Sumber Pendidikan

Berdasarkan surat pekeliling di atas, maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan audit ini akan dimaklumkan PADA AWAL TAHUN 2018.

Umu sedia maklum, SKPMg2 telah dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebagai piawai bagi menentukan tahap pencapaian kualiti pendidikan.

Ia merangkumi 5 aspek iaitu aspek Kepemimpinan (1), aspek Pengurusan Organisasi (2), aspek Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (3), aspek Pembelajaran dan Pemudahcaraan (4) dan aspek Kemenjadian Murid (5).

Menurut portal Berita Harian yang ditulis oleh Petah Wan Iskandar, ia adalah penggubalan semula Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 dengan beberapa penambahbaikan, hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat.

Penambahbaikan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia selaras dengan perkembangan pendidikan semasa.


SUMBER : 
Sumber Pendidikan
Berita Harian

KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI
CIKGU SUHAIMIN

JOM JOIN CHANNEL DAN GROUP CIKGU SUHAIMIN
👉t.me/cgusuhaimin (GROUP)
👉t.me/cikgusuhaimindotcom (CHANNEL)
Share:
Location: Malaysia

0 komen:

Post a Comment

JUMLAH KUNJUNGAN SEJAK 02/01/2017

"LIKE" FACEBOOK PAGE SAYA

CIKGU SUHAIMIN

"SUBSCRIBE" SALURAN "YOUTUBE" SAYA

PEMBERITAHUAN DARIPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...