BLOG PENDIDIKAN - MOHD SUHAIMIN ISNEN - KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI - SEJAK 2 JANUARI 2017

Wednesday, October 18, 2017

Program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2015 Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah



Program Bina Insan Guru adalah salah satu kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) yang ditawarkan kepada siswa pendidik mod sepenuh masa iaitu siswa pendidik Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) di kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia yang berada pada Semester 1 Tahun 3 (Semester 5).

Kursus ini WAJIB dilaksanakan oleh semua siswa pendidik IPG kampus masing-masing selama 5 Hari 4 Malam. Siswa pendidik PISMP mulai Ambilan Jun  2015 hanya mengikuti Program Bina Insan Guru ini SEKALI SAHAJA dalam pengajian PISMP berbanding Ambilan sebelumnya.

Alhamdulillah, Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau telah melaksanakan Program Bina Insan Guru ini pada 09 sehingga 13 Oktober 2017 yang lalu iaitu selama 5 Hari 4 Malam di IPG Kampus Tawau, Sabah.

Pengisian aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Bina Insan Guru ini adalah BERDASARKAN Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) Bina Insan Guru yang baharu. Sehubungan dengan itu, pentaksiran sepanjang program ini akan dinilai oleh mentor opsyen masing-masing

Umum sedia maklum, kursus ini bertujuan untuk memantapkan pembinaan jati diri, kepimpinan, kerja berpasukan, sosialisasi dan profesionalisme insan guru melalui aktiviti luar bilik darjah yang bersifat autentik bagi menerapkan kemahiran insaniah dalam kalangan siswa pendidik.

Seramai 64 orang siswa pendidik PISMP Ambilan Jun 2015 IPG Kampus Tawau yang terdiri daripada 4 opsyen telah menyertai program ini. Alhamdulillah, semua LULUS dengan JAYANYA (Sumber : Penyelaras Program Bina Insan Guru Ambilan Jun 2015 IPG Kampus Tawau)

Peranan saya sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana bagi program ini ialah sebagai AJK Buku Program, AJK Tanda Nama dan AJK Pendaftaran.

Sehubungan dengan itu, pada akhir kursus MPU 3112 (Program Bina Insan Guru) ini, siswa pendidik dapat :
  1. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial melalui penglibatan dalam semua aktiviti.
  2. Mempamerkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan melalui penyertaan sepanjang aktiviti.
  3. Mengaplikasi kemahiran mengendali, bekerjasama dalam satu pasukan dengan mengamalkan ciri-ciri kepimpinan dan menunjukkan sikap sukarelawan melalui setiap aktiviti yang disertai.
  4. Mengorganisasi langkah-langkah keselamatan dan pencegahan sebelum, semasa dan selepas melaksanakan semua aktiviti yang dirancang dengan mematuhi Standard Prosedur Operasi (SOP).
  5. Membentangkan rumusan refleksi terhadap persekitaran yang berbeza berdasarkan aktiviti yang telah dilaksanakan mengikut kreativiti pelajar.

Berikut merupakan gambar-gambar penglibatan saya sepanjang Program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2015 ini berlangsung :

HARI PERTAMA ( 09 OKTOBER 2017, ISNIN)

1. PENDAFTARAN PESERTA PROGRAM BINA INSAN GURU PISMP AMBILAN JUN 2015 IPG KAMPUS TAWAU, SABAH





2. MENDIRIKAN KHEMAH








03. INTERAKSI PROFESIONAL BERSAMA SEKOLAH KEBANGSAAN BALUNG, TAWAU, SABAH





4. PERANAN GURU TERHADAP KOMUNITI SETEMPAT - GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN MASJID AN-NUR, IPG KAMPUS TAWAU




5. LDK, REFLEKSI DAN TAKLIMAT SOP



HARI KEDUA - 10 OKTOBER 2017 (SELASA)

























HARI KETIGA - 11 OKTOBER 2017 (RABU)









HARI KEEMPAT - 12 OKTOBER 2017 (KHAMIS)


























HARI KELIMA - 13 OKTOBER 2017 (JUMAAT)

























Sekian....

Share:
Location: KM 36, Jalan Balung, Beg Berkunci No. 27, 91009 Tawau, 91000, Malaysia

0 komen:

Post a Comment

JUMLAH KUNJUNGAN SEJAK 02/01/2017

"LIKE" FACEBOOK PAGE SAYA

CIKGU SUHAIMIN

"SUBSCRIBE" SALURAN "YOUTUBE" SAYA

PEMBERITAHUAN DARIPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...