BLOG PENDIDIKAN - MOHD SUHAIMIN ISNEN - KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI - SEJAK 2 JANUARI 2017

Monday, October 23, 2017

Laporan Program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2015 Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah




Program Bina Insan Guru adalah salah satu kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) yang ditawarkan kepada siswa pendidik mod sepenuh masa iaitu siswa pendidik Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) di kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia yang berada pada Semester 1 Tahun 3 (Semester 5).

     Kursus ini WAJIB dilaksanakan oleh semua siswa pendidik IPG kampus masing-masing selama 5 Hari 4 Malam. Siswa pendidik PISMP mulai Ambilan Jun  2015 hanya mengikuti Program Bina Insan Guru ini SEKALI SAHAJA dalam pengajian PISMP berbanding Ambilan sebelumnya.

     Alhamdulillah, Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau telah melaksanakan Program Bina Insan Guru ini pada 09 sehingga 13 Oktober 2017 yang lalu iaitu selama 5 Hari 4 Malam di IPG Kampus Tawau, Sabah.

     Pengisian aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Bina Insan Guru ini adalah BERDASARKAN Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) Bina Insan Guru yang baharu. Sehubungan dengan itu, pentaksiran sepanjang program ini akan dinilai oleh mentor opsyen masing-masing

     Umum sedia maklum, kursus ini bertujuan untuk memantapkan pembinaan jati diri, kepimpinan, kerja berpasukan, sosialisasi dan profesionalisme insan guru melalui aktiviti luar bilik darjah yang bersifat autentik bagi menerapkan kemahiran insaniah dalam kalangan siswa pendidik.

     Seramai 64 orang siswa pendidik PISMP Ambilan Jun 2015 IPG Kampus Tawau yang terdiri daripada 4 opsyen telah menyertai program ini. Alhamdulillah, semua LULUS dengan JAYANYA (Sumber : Penyelaras Program Bina Insan Guru Ambilan Jun 2015 IPG Kampus Tawau)

      Aktiviti perkhemahan 5 hari 4 malam ini merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilaksanakan berdasarkan garis panduan Program Bina Insan yang telah ditetapkan untuk siswa pendidik kursus PISMP  Ambilan Jun 2015 Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau, Sabah.

OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU :


  1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.
  2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
  3. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.
  4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat.
  5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.
  6. Meningkatkan perkembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan tolong-menolong dan sedia memberi sumbangan dalam kehidupan seharian.   

MATLAMAT PROGRAM BINA INSAN GURU PISMP AMBILAN JUN 2015 INSTITUT  PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

Program Bina Insan Guru merupakan salah satu pencetus dalam proses melahirkan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

BUTIRAN PROGRAM BINA INSAN GURU PISMP AMBILAN JUN 2015
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

TARIKH         : 09 – 13 OKTOBER 2017
TEMPOH         : 5 HARI 4 MALAM
TEMPAT         : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
JUMLAH PESERTA : 64 ORANG ( 4 OPSYEN PISMP AMBILAN JUN 2015)

LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU PISMP AMBILAN JUN 2015 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

Laporan reflektif saya berkaitan Program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2015 IPG Kampus Tawau ditulis mengikut hari.
HARI PERTAMA
PROGRAM BINA INSAN GURU
 PISMP AMBILAN JUN 2015
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
- 09 OKTOBER 2017 (ISNIN) -

Program  Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2015 Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau berlangsung pada 09 Oktober 2017 iaitu pada hari Isnin bermula jam 06:00 pagi. Program ini dimulakan dengan pengurusan dan penyediaan peralatan yang diperlukan. Seterusnya, bermula jam 08.00 pagi, pendaftaran peserta program ini dilaksanakan. Kemudian, bermula pukul 08.30 pagi, taklimat berkaitan perjalanan program disampaikan oleh Encik Amin bin Tan Tua, Penyelaras Program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2015 Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Selepas itu, saya bersama rakan-rakan memasang khemah di kawasan lapang berdekatan Masjid An-Nur, IPG Kampus Tawau. Melalui aktiviti pemasangan khemah ini, saya mendapat pendedahan berkaitan teknik mendirikan khemah dari aspek pemasangan alat yang diperlukan, ikatan, dan kedudukan khemah. Aktiviti ini merupakan asas dalam sesuatu perkhemahan. Ini adalah kerana khemah merupakan tempat “berteduh” sementara dalam melaksanakan sesuatu perkhemahan. Kepentingan aktiviti ini kepada profesion perguruan dari sudut pandangan saya ialah melengkapkan kualiti seorang guru dari aspek kemahiran kejurulatihan dan kokurikulum serta merupakan Kemahiran Nilai Tambah bagi seseorang guru. Selepas aktiviti tersebut, saya bersama siswa pendidik yang lain diberikan masa selama setengah jam untuk berehat bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.30 pagi.
            Seterusnya, pada pukul 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari, saya bersama siswa pendidik yang lain melaksanakan aktiviti Interaksi Profesional bersama Sekolah iaitu memberikan motivasi kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau, Sabah. Dalam aktiviti ini, saya bertugas sebagai penceramah motivasi bertajuk “Visi Saya” kepada murid-murid Tahun 5H, SK Balung, Tawau. Saya memfokuskan dari aspek pendidikan dan keluarga seterusnya masyarakat. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, saya dapat mengenal pasti kekuatan saya. Antaranya ialah penyampaian motivasi yang jelas dan baik. Selain itu, motivasi yang saya sampaikan adalah berdasarkan fakta dan pengalaman saya sebagai seorang pelajar atau murid. Seterusnya ialah pendekatan dan kaedah penyampaian ceramah motivasi saya adalah menarik. Namun, di sebalik kekuatan, juga terselit beberapa kelemahan. Antaranya ialah tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu. Saya berasa kurang selesa dalam menyampaikan motivasi kepada murid disebabkan daripada diri saya sendiri. Ini menyebabkan penyampaian saya kepada murid kurang efektif.
            Sehubungan dengan itu, cadangan penambahbaikan terhadap kelemahan ini adalah sentiasa menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu. Saya juga dapat menyedari kepentingan aktiviti ini kepada profesion perguruan khususnya kepada diri saya sendiri iaitu aktiviti ini mampu melatih saya sebagai seorang guru kelak dalam menyampaikan sesuatu perkara dengan lebih baik dalam aktiviti pengucapan awam khususnya berbentuk ceramah kepada masyarakat, guru-guru dan murid-murid agar perkara yang saya sampaikan adalah bermakna dan efektif kepada pendengar.
            Aktiviti Interaksi Profesional Bersama Sekolah kedua dilaksanakan di tempat yang sama iaitu di Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau bermula pada jam 02.00 petang sehingga 04.00 petang. Akan tetapi, pada masa ini, ia memfokuskan kepada aktiviti bimbingan iaitu saya bersama siswa pendidik yang lain membimbing murid-murid LINUS. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, saya dapat mengenal pasti kekuatan saya. Antaranya ialah penggunaan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap murid LINUS. Ini adalah kerana saya juga dibantu oleh siswa pendidik daripada opsyen Pemulihan.
            Namun, di sebalik kekuatan, juga terselit beberapa kelemahan. Antaranya ialah tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu. Saya berasa kurang selesa dalam menyampaikan motivasi kepada murid disebabkan daripada diri saya sendiri. Ini menyebabkan penyampaian saya kepada murid kurang efektif. Sehubungan dengan itu, cadangan penambahbaikan terhadap kelemahan ini adalah sentiasa menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu. Saya juga dapat menyedari kepentingan aktiviti ini kepada profesion perguruan khususnya kepada diri saya sendiri iaitu aktiviti ini mampu melatih saya sebagai seorang guru kelak dalam menyampaikan sesuatu perkara dengan lebih baik dalam aktiviti pengucapan awam khususnya berbentuk ceramah kepada masyarakat, guru-guru dan murid-murid agar perkara yang saya sampaikan adalah bermakna dan efektif kepada pendengar.
            Aktiviti seterusnya berbentuk aktiviti khidmat masyarakat, iaitu aktiviti gotong royong. Aktiviti gotong royong ini dilaksanakan di Masjid An-Nur, IPG Kampus Tawau bermula jam 04.00 petang sehingga 06.00 petang iaitu selama dua jam. Refleksi saya bagi aktiviti ini ialah aktiviti ini dapat memberikan kesedaran kepada saya terutamanya dalam aktiviti kesukarelaan dalam menjalankan sesuatu khidmat atau bakti kepada masyarakat setempat. Ia juga dapat melatih diri saya khususnya dalam bekerja dalam profesion perguruan iaitu sentiasa ikhlas dalam melaksanakan sesuatu perkara kerana ia akan menjadi ibadah.
       Bermula jam 06.00 petang sehingga 08.30 malam, aktiviti pengurusan diri, solat, tazkirah dan penyediaan makan malam dilaksanakan. Seterusnya, Aktiviti Latihan dalam Kumpulan atau akronimnya LDK merupakan suatu aktiviti yang memerlukan individu bekerja dalam kumpulan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Aktiviti LDK yang pertama dilaksanakan pada pukul 08.30 malam sehingga 09.30 malam iaitu memakan masa satu jam sahaja. LDK yang pertama ini dikelolakan oleh Encik Harjazi bin Hashim iaitu pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tawau. Dalam aktiviti ini, saya dilantik menjadi Ketua Kumpulan oleh ahli kumpulan saya, iaitu kumpulan 5 seramai 12 orang termasuk saya yang diberi nama GGC iaitu Kumpulan Guru-guru Cemerlang.
            Dalam LDK 1 ini, saya bersama ahli kumpulan melaksanakan suatu aktiviti pembentangan yang bertemakan Insan Guru yang Seimbang. Setelah selesai menyiapkan tugasan, kami membentangkan hasil tugasan dalam bentuk aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 iaitu Gallery Walk. Kepentingan aktiviti ini kepada profesion keguruan ialah dapat membentuk semangat bekerjasama dan berpasukan yang tinggi dalam kalangan guru-guru apabila melaksanakan sesuatu perkara. Sehubungan dengan itu, kepentingan aktiviti ini kepada saya sebagai seorang bakal guru adalah melatih diri saya dari aspek kepimpinan dan bekerja dalam kumpulan. Ia juga dapat membina ukhuwah antara saya dengan ahli-ahli kumpulan saya supaya lebih rapat dan mengenali hati budi masing-masing.
            Aktiviti Refleksi Umum pula dilaksanakan sebaik sahaja aktiviti LDK 1 tamat. Aktiviti ini dilaksanakan bermula jam 09.30 malam sehingga 10.30 malam iaitu hanya memakan masa selama 1 jam sahaja. Aktiviti ini dikelolakan oleh Cik Norhafizah binti Ahmad, Pensyarah Jabatan Agama Islam dan Moral, IPG Kampus Tawau. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, saya dapat mengenal pasti kepentingan aktiviti ini kepada profesion keguruan. Antaranya ialah memberikan ruang dan peluang kepada guru-guru untuk membuat sesi refleksi atau “muhasabah” diri berkaitan aktiviti yang telah dilaksanakan. Seterusnya, kepentingan aktiviti ini kepada diri saya pula ialah memberikan saya keyakinan berkaitan dalam memberikan sesuatu pandangan, pendapat, idea berkaitan perkara yang telah saya lakukan. Ini adalah kerana, dalam sesi refleksi umum ini, saya dapat memberikan refleksi saya kepada semua orang.
            Selepas itu, bermula jam 10.30 malam sehingga 11.00 malam, taklimat Standard Prosedur Operasi (SOP), iaitu taklimat sebelum sesuatu aktiviti dilaksanakan juga di Cafetaria IPG Kampus Tawau. Taklimat ini disampaikan oleh Encik Azman bin Hassan, Jurulatih dan pensyarah Unit GERKO IPG Kampus Tawau. Taklimat SOP ini adalah sangat penting untuk dilaksanakan bagi menyediakan murid-murid atau peserta mana-mana aktiviti agar mematuhi peraturan sepanjang aktiviti berlangsung dan menyediakan murid-murid atau peserta program dari aspek fizikal, mental dan emosi. Kepentingan aktiviti ini kepada profesion perguruan khususnya kepada saya ialah menyediakan satu tatacara pengendalian aktiviti perkhemahan secara jelas, selamat dan sistematik, menyediakan satu tatacara panduan melaksanakan perkhemahan berpandukan arahan dan peraturan sedia ada yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dan melahirkan jurulatih yang cekap,efisien,bermaklumat dan berpengalaman dalam mengendalikan perkhemahan.
            Setelah taklimat tersebut selesai, saya bersama siswa pendidik yang lain bergerak ke Masjid An-Nur untuk aktiviti yang terakhir iaitu Penyediaan dan Minum Malam pada jam 11.00 malam sehingga 11.30 malam. Kemudian, saya dan siswa pendidik yang lain tidur di dalam khemah masing-masing.
HARI KEDUAPROGRAM BINA INSAN GURU
PISMP AMBILAN JUN 2015
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
- 10 OKTOBER 2017 -
Program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2015 IPG Kampus Tawau hari kedua dimulakan dengan aktiviti solat dan tazkirah subuh pada jam 04.30 pagi sehingga 06.00 pagi bertempat di Masjid An-Nur, IPG Kampus Tawau.
            Pada jam 06.00 pagi sehingga 06.30 pagi, aktiviti Malaysia Cergas dan Patriotik dimulakan seperti biasa di tapak perhimpunan, hadapan Dewan Datuk Amir Bek, IPG Kampus Tawau. Sepanjang aktiviti ini, saya dapat memahami kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah dengan bersenam. Kepentingan aktiviti ini dalam profesion perguruan ialah menyuntik semangat dan motivasi kepada guru dalam menjaga kesihatan diri masing-masing. Kepentingan aktiviti ini kepada saya ialah memberikan saya kesedaran dalam menjaga kesihatan diri dan masyarakat di sekeliling saya agar mengamalkan gaya hidup sihat.
            Bermula jam 07.00 pagi sehingga 10.00 pagi, aktiviti Keselamatan di Air dilaksanakan di kolam Balung Eco Resort, Tawau iaitu selama tiga jam sahaja. Aktiviti ini dikelolakan oleh Encik Shahridzuan bin Abdullah dan dibantu oleh pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Tawau. Aktiviti ini dimulakan dengan taklimat berkaitan keselamatan dan pelaksanaan aktiviti tersebut kemudian aktiviti pemanasan badan seterusnya aktiviti dimulakan. Melalui aktiviti ini, ia dapat membina keyakinan saya untuk berada di dalam air. Ia juga memberikan pendedahan kepada saya berkaitan aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan semasa membawa murid-murid dalam aktiviti air kelak. Secara langsung, ia membantu saya membuat persediaan fizikal, mental dan emosi dalam mengawal dan mengurus murid-murid sekiranya berada dalam aktiviti air. Dalam aktiviti ini, ia memfokuskan kepada teknik menyelamatkan individu yang lemas dan berada dalam kesulitan di air. Sehubungan dengan itu, saya dapat mengetahui teknik yang betul dan teknik yang salah dalam menyelamatkan mangsa lemas. Aktiviti ini amat penting kepada profesion perguruan khususnya kepada guru-guru yang bertugas sebagai jurulatih aktiviti air dalam mana-mana aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan.
            Aktiviti seterusnya ialah aktiviti yang sangat mencabar dalam program ini iaitu aktiviti “Flying Fox”. Aktiviti ini dilaksanakan bermula jam 03.00 petang sehingga 06.00 petang bertempat di IPG Kampus Tawau. Ahamdulillah, saya dapat melaksanakan aktiviti ini tanpa sebarang kecelakaan. Ini adalah kerana penggunaan alat-alat keselamatan yang telah disediakan dan aspek-aspek keselamatan yang telah didedahkan oleh Encik Dzulfikar bin Awang Anak, pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani, IPG Kampus Tawau. Melalui aktiviti ini, ia dapat membina keyakinan diri saya. Ini adalah kerana aktiviti yang agak lasak ini merupakan cabaran utama dalam program ini dari sudut pandangan saya. Melalui aktiviti ini juga, saya dapat mengetahui teknik-teknik dan cara melaksanakan aktiviti “Flying Fox” dari aspek penyediaan fizikal, mental dan emosi serta aspek keselamatan diri. Ia juga dapat memberikan saya pengetahuan bagi mengendalikan aktiviti ini di sekolah kelak.
            Seterusnya, Aktiviti Latihan dalam Kumpulan atau akronimnya LDK merupakan suatu aktiviti yang memerlukan individu bekerja dalam kumpulan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Aktiviti LDK yang kedua dilaksanakan pada pukul 08.30 malam sehingga 09.30 malam iaitu memakan masa satu jam sahaja. LDK yang pertama ini dikelolakan oleh Encik Jeffry bin Apdal iaitu Kaunselor IPG Kampus Tawau. Dalam LDK 2 ini, saya bersama ahli kumpulan melaksanakan suatu aktiviti pembentangan yang bertemakan Guru dan Komuniti. Setelah selesai menyiapkan tugasan, kami membentangkan hasil tugasan dalam bentuk aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 iaitu Gallery Walk. Kepentingan aktiviti ini kepada profesion keguruan ialah dapat membentuk semangat bekerjasama dan berpasukan yang tinggi dalam kalangan guru-guru apabila melaksanakan sesuatu perkara. Ia juga mencungkil dan mengasah pemikiran dan kognitif guru dalam memberikan hujah dan pendapat masing-masing dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Sehubungan dengan itu, kepentingan aktiviti ini kepada saya sebagai seorang bakal guru adalah melatih diri saya dari aspek pengucapan awam, iaitu saya memberikan hujah dan pendapat kepada siswa pendidik yang lain berkaitan hasil kerja kumpulan saya. Aspek kepimpinan dan bekerja dalam kumpulan juga dapat dipupuk melalui aktiviti ini. Ia juga dapat membina ukhuwah antara saya dengan ahli-ahli kumpulan saya supaya lebih rapat dan mengenali hati budi masing-masing.
           Seterusnya, aktiviti Penulisan Refleksi pula dilaksanakan sebaik sahaja aktiviti LDK 2 tamat. Aktiviti ini dilaksanakan bermula jam 09.30 malam sehingga 10.00 malam iaitu hanya memakan masa selama setengah jam sahaja. Aktiviti ini dikelolakan oleh Cik Norhafizah binti Ahmad, Pensyarah Jabatan Agama Islam dan Moral, IPG Kampus Tawau. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, saya dapat mengenal pasti kepentingan aktiviti ini kepada profesion keguruan. Antaranya ialah memberikan ruang dan peluang kepada guru-guru untuk membuat sesi refleksi atau “muhasabah” diri berkaitan aktiviti yang telah dilaksanakan. Seterusnya, kepentingan aktiviti ini kepada diri saya pula ialah memberikan saya keyakinan berkaitan dalam memberikan sesuatu pandangan, pendapat, idea berkaitan perkara yang telah saya lakukan. Ini adalah kerana, dalam sesi refleksi umum ini, saya dapat memberikan refleksi saya kepada semua orang.
            Selepas itu, bermula jam 10.30 malam sehingga 11.00 malam, taklimat Standard Prosedur Operasi (SOP), iaitu taklimat sebelum sesuatu aktiviti dilaksanakan juga di Cafetaria IPG Kampus Tawau. Taklimat ini disampaikan oleh Encik Azman bin Hassan, Jurulatih dan pensyarah Unit GERKO IPG Kampus Tawau. Taklimat SOP ini adalah sangat penting untuk dilaksanakan bagi menyediakan murid-murid atau peserta mana-mana aktiviti agar mematuhi peraturan sepanjang aktiviti berlangsung dan menyediakan murid-murid atau peserta program dari aspek fizikal, mental dan emosi. Kepentingan aktiviti ini kepada profesion perguruan khususnya kepada saya ialah menyediakan satu tatacara pengendalian aktiviti perkhemahan secara jelas, selamat dan sistematik, menyediakan satu tatacara panduan melaksanakan perkhemahan berpandukan arahan dan peraturan sedia ada yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dan melahirkan jurulatih yang cekap,efisien,bermaklumat dan berpengalaman dalam mengendalikan perkhemahan.
            Setelah taklimat tersebut selesai, saya bersama siswa pendidik yang lain bergerak ke Masjid An-Nur untuk aktiviti yang terakhir iaitu Penyediaan dan Minum Malam pada jam 11.00 malam sehingga 11.30 malam. Kemudian, saya dan siswa pendidik yang lain tidur di dalam khemah masing-masing.

HARI KETIGA
PROGRAM 
BINA INSAN GURU
PISMP AMBILAN JUN 2015
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
- 11 OKTOBER 2017 (RABU) -

Program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2015 IPG Kampus Tawau hari ketiga dimulakan dengan aktiviti solat dan tazkirah subuh pada jam 04.30 pagi sehingga 06.00 pagi bertempat di Masjid An-Nur, IPG Kampus Tawau.
            Pada jam 06.00 pagi sehingga 06.30 pagi, aktiviti Malaysia Cergas dan Patriotik dimulakan seperti biasa di tapak perhimpunan, hadapan Dewan Datuk Amir Bek, IPG Kampus Tawau. Sepanjang aktiviti ini, saya dapat memahami kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah dengan bersenam. Kepentingan aktiviti ini dalam profesion perguruan ialah menyuntik semangat dan motivasi kepada guru dalam menjaga kesihatan diri masing-masing. Kepentingan aktiviti ini kepada saya ialah memberikan saya kesedaran dalam menjaga kesihatan diri dan masyarakat di sekeliling saya agar mengamalkan gaya hidup sihat.
            Seterusnya, pada jam 07.00 pagi sehingga 10.00 pagi, aktiviti Kembara dan Ikhtiar Hidup dilaksanakan selama tiga jam bertempat di sekitar kawasan IPG Kampus Tawau. Sepanjang saya mengikuti aktiviti ini, pendedahan berkaitan cara membaca peta dan kompas amat memberikan manfaat kepada saya. Ini adalah kerana saya kurang mahir dalam membaca peta dan kompas. Melalui aktiviti ini, saya menjadi lebih mahir dan menggunakan dan membaca peta dan kompas. Kemahiran ini adalah penting bukan sahaja kepada profesion perguruan, tetapi penting kepada diri sendiri sebagai pengetahuan am. Kemahiran ini adalah penting khususnya kepada seorang guru seperti saya dalam mendidik murid-murid saya kelak dalam ilmu kembara dan ikhtiar hidup. Melalui aktiviti ini juga dapat menyiapkan diri saya dan murid-murid sekiranya berada di kawasan-kawasan seperti hutan dari aspek persediaan fizikal, mental dan emosi. Sehubungan dengan itu, amat penting bagi seorang guru mengikuti aktiviti seperti ini bagi melengkapkan kualiti diri sebagai seorang pendidik.
            Bermula jam 03.00 petang sehingga 06.00 petang, aktiviti Abseiling dilaksanakan di IPG Kampus Tawau selama tiga jam. Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan aktiviti ini tanpa sebarang kecelakaan. Ini adalah kerana penggunaan alat-alat keselamatan yang telah disediakan dan aspek-aspek keselamatan yang telah didedahkan oleh Encik Dzulfikar bin Awang Anak, pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani, IPG Kampus Tawau. Melalui aktiviti ini, ia dapat membina keyakinan diri saya. Ini adalah kerana aktiviti yang agak lasak ini merupakan salah satu cabaran utama dalam program ini. Melalui aktiviti ini juga, saya dapat mengetahui teknik-teknik dan cara melaksanakan aktiviti abseiling dari aspek penyediaan fizikal, mental dan emosi serta aspek keselamatan diri.
                Aktiviti seterusnya ialah Latihan dalam Kumpulan (LDK) yang ketiga. Aktiviti ini dilaksanakan bermula jam 08.30 malam sehingga 09.30 malam bertempat di Cafetaria IPG Kampus Tawau. Aktiviti LDK yang ketiga ini dikendalikan oleh Encik Mazania bin Kasimin, Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tawau, Sabah.  Aktiviti LDK yang ketiga ini agak unik berbanding aktiviti LDK yang sebelumnya iaitu dilaksanakan melalui penceritaan sebuah kisah daripada cerpen bertajuk “Beruk”. Saya bersama siswa pendidik yang lain  diarahkan menutup mata sambil menghayati perjalanan dan plot cerpen tersebut dengan mendengar perjalanan cerita tersebut daripada Encik Mazania bin Kasimin sendiri. Setelah cerpen tersebut selesai, saya dan siswa pendidik yang lain membuka mata dan diminta memberikan “permata” yang terdapat dalam cerpen tersebut. Alhamdulillah, cerpen tersebut sangat memberikan impak yang positif khususnya kepada diri saya sendiri kerana cerpennya adalah berdasarkan situasi guru dengan murid yang daif. Cerpen tersebut memberikan pengajaran kepada saya agar tidak melakukan tindakan yang melulu terhadap murid tanpa sebarang soal selidik jika mereka melakukan sebarang kesalahan. Mesti terdapat sebab dan punca mereka berbuat sedemikian. Cerpen ini juga memberikan kesan yang agak mendalam kepada saya agar melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang guru dengan penuh kasih sayang dan baik. Kepentingan aktiviti ini kepada profesion perguruan ialah belajar menghayati kisah perjalanan dan situasi sebenar murid, melatih sikap sabar dalam melaksanakan sesuatu perkara dan menyemai perasan kasih dan sayang dalam kalangan pendidik.
            Seterusnya, aktiviti Penulisan Refleksi pula dilaksanakan sebaik sahaja aktiviti LDK 3 tamat. Aktiviti ini dilaksanakan bermula jam 09.30 malam sehingga 10.00 malam iaitu hanya memakan masa selama setengah jam sahaja. Aktiviti ini dikelolakan oleh Cik Norhafizah binti Ahmad, Pensyarah Jabatan Agama Islam dan Moral, IPG Kampus Tawau. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, saya dapat mengenal pasti kepentingan aktiviti ini kepada profesion keguruan. Antaranya ialah memberikan ruang dan peluang kepada guru-guru untuk membuat sesi refleksi atau “muhasabah” diri berkaitan aktiviti yang telah dilaksanakan. Seterusnya, kepentingan aktiviti ini kepada diri saya pula ialah memberikan saya keyakinan berkaitan dalam memberikan sesuatu pandangan, pendapat, idea berkaitan perkara yang telah saya lakukan. Ini adalah kerana, dalam sesi refleksi umum ini, saya dapat memberikan refleksi saya kepada semua orang.
          Selepas itu, bermula jam 10.30 malam sehingga 11.00 malam, taklimat Standard Prosedur Operasi (SOP), iaitu taklimat sebelum sesuatu aktiviti dilaksanakan juga di Cafetaria IPG Kampus Tawau. Taklimat ini disampaikan oleh Encik Azman bin Hassan, Jurulatih dan pensyarah Unit GERKO IPG Kampus Tawau. Taklimat SOP ini adalah sangat penting untuk dilaksanakan bagi menyediakan murid-murid atau peserta mana-mana aktiviti agar mematuhi peraturan sepanjang aktiviti berlangsung dan menyediakan murid-murid atau peserta program dari aspek fizikal, mental dan emosi. Kepentingan aktiviti ini kepada profesion perguruan khususnya kepada saya ialah menyediakan satu tatacara pengendalian aktiviti perkhemahan secara jelas, selamat dan sistematik, menyediakan satu tatacara panduan melaksanakan perkhemahan berpandukan arahan dan peraturan sedia ada yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dan melahirkan jurulatih yang cekap,efisien,bermaklumat dan berpengalaman dalam mengendalikan perkhemahan.
            Setelah taklimat tersebut selesai, saya bersama siswa pendidik yang lain bergerak ke Masjid An-Nur untuk aktiviti yang terakhir iaitu Penyediaan dan Minum Malam pada jam 11.00 malam sehingga 11.30 malam. Kemudian, saya dan siswa pendidik yang lain tidur di dalam khemah masing-masing.
HARI KEEMPAT
PROGRAM 
BINA INSAN GURU
PISMP AMBILAN JUN 2015
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
- 12 OKTOBER 2017 (KHAMIS) -


Program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2015 IPG Kampus Tawau hari keempat dimulakan dengan aktiviti solat dan tazkirah subuh pada jam 04.30 pagi sehingga 06.00 pagi bertempat di Masjid An-Nur, IPG Kampus Tawau.
            Pada jam 06.00 pagi sehingga 06.30 pagi, aktiviti Malaysia Cergas dan Patriotik dimulakan seperti biasa di tapak perhimpunan, hadapan Dewan Datuk Amir Bek, IPG Kampus Tawau. Sepanjang aktiviti ini, saya dapat memahami kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah dengan bersenam. Kepentingan aktiviti ini dalam profesion perguruan ialah menyuntik semangat dan motivasi kepada guru dalam menjaga kesihatan diri masing-masing. Kepentingan aktiviti ini kepada saya ialah memberikan saya kesedaran dalam menjaga kesihatan diri dan masyarakat di sekeliling saya agar mengamalkan gaya hidup sihat.
            Aktiviti seterusnya ialah Aktiviti Rakit dan Apungan. Aktiviti ini dilaksanakan bermula jam 10.30 pagi sehingga 12.30 pagi iaitu memakan masa selama 2 jam sahaja dan bertempat di Balung Eco Resort, Tawau. Aktiviti ini dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah IPG Kampus Tawau dan diketuai oleh Encik Shahridzuan bin Abdullah, Penolong Ketua Penyelaras program ini. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, saya dapat mengetahui cara membina rakit yang baik dan selamat. Ini merupakan pengalaman yang pertama bagi saya dalam mengikuti aktiviti rakit ini. Saya dapat membina rakit dengan kerjasama daripada ahli kumpulan saya. Setelah menyiapkan rakit, kami membawa rakit tersebut ke dalam air sungai. Alhamdulillah, rakit tersebut dalam keadaan yang baik, selamat dan menjalankan fungsinya dengan betul iaitu terapung di atas air. Pengetahuan dalam membina dan mengendalikan rakit ini amat penting khususnya kepada guru-guru seperti saya untuk digunakan dalam mana-mana perkhemahan kelak. Melalui aktiviti ini juga, dapat membina keyakinan diri saya dalam menyertai aktiviti-aktiviti yang lasak. Ini berkait rapat dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu melahirkan guru yang kuat daripada aspek fizikal dan mental. Aktiviti ini juga membimbing saya dalam bekerja dalam pasukan.
          Aktiviti seterusnya iaitu aktiviti Khidmat Masyarakat iaitu aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini dilaksanakan di sekitar kawasan Masjid Kilang Balung, Tawau. Aktiviti ini bermula pada jam 03.00 petang sehingga 06.00 petang. Refleksi saya bagi aktiviti ini ialah aktiviti ini dapat memberikan kesedaran kepada saya terutamanya dalam aktiviti kesukarelaan dalam menjalankan sesuatu khidmat atau bakti kepada masyarakat setempat. Ia juga dapat melatih diri saya khususnya dalam bekerja dalam profesion perguruan iaitu sentiasa ikhlas dalam melaksanakan sesuatu perkara kerana ia akan menjadi ibadah.
            Seterusnya, pada jam 08.300 malam sehingga 10.00 malam, aktiviti Persembahan Kumpulan dilaksanakan bertempat di Cafetaria IPG Kampus Tawau. Persembahan daripada 5 kumpulan adalah bertemakan Guru, Masyarakat dan Budaya. Saya, selaku ketua dan ahli kumpulan 5 iaitu kumpulan Guru-guru Cemerlang (GGC) membuat persembahan berbentuk pantomin bersama ahli kumpulan saya. Melalui aktiviti ini, saya dapat melihat bakat-bakat dan kebolehan diri saya sendiri dan ahli kumpulan dengan lebih baik. Seorang guru bukan sahaja perlu hebat dalam mengajar semata-mata, aspek kemahiran nilai tambah perlu ada dalam kalangan guru-guru. Sehubungan dengan itu, saya dapat melihat bakat dan potensi ahli kumpulan saya iaitu mahir dalam berlakon, menyanyi, menari dan mempunyai unsur lawak jenaka (kecindan).  Guru yang baik ialah guru yang mampu menarik perhatian murid-murid untuk mengikuti aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Ini menjadikan saya sebagai seorang guru perlu melihat kebolehan dan bakat murid-murid untuk dilatih dan digilap di sekolah kelak.
            Selepas itu, bermula jam 10.30 malam sehingga 11.00 malam, taklimat Standard Prosedur Operasi (SOP), iaitu taklimat sebelum sesuatu aktiviti dilaksanakan juga di Cafetaria IPG Kampus Tawau. Taklimat ini disampaikan oleh Encik Azman bin Hassan, Jurulatih dan pensyarah Unit GERKO IPG Kampus Tawau. Taklimat SOP ini adalah sangat penting untuk dilaksanakan bagi menyediakan murid-murid atau peserta mana-mana aktiviti agar mematuhi peraturan sepanjang aktiviti berlangsung dan menyediakan murid-murid atau peserta program dari aspek fizikal, mental dan emosi. Kepentingan aktiviti ini kepada profesion perguruan khususnya kepada saya ialah menyediakan satu tatacara pengendalian aktiviti perkhemahan secara jelas, selamat dan sistematik, menyediakan satu tatacara panduan melaksanakan perkhemahan berpandukan arahan dan peraturan sedia ada yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dan melahirkan jurulatih yang cekap,efisien,bermaklumat dan berpengalaman dalam mengendalikan perkhemahan.
        Setelah taklimat tersebut selesai, saya bersama siswa pendidik yang lain bergerak ke Masjid An-Nur untuk aktiviti yang terakhir iaitu Penyediaan dan Minum Malam pada jam 11.00 malam sehingga 11.30 malam. Kemudian, saya dan siswa pendidik yang lain tidur di dalam khemah masing-masing.
HARI KELIMA
PROGRAM 
BINA INSAN GURU
PISMP AMBILAN JUN 2015
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
- 13 OKTOBER 2017 (JUMAAT) -


Program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2015 IPG Kampus Tawau hari kelima iaitu hari terakhir dimulakan dengan aktiviti solat dan tazkirah subuh pada jam 04.30 pagi sehingga 06.00 pagi bertempat di Masjid An-Nur, IPG Kampus Tawau.
            Aktiviti Malaysia Cergas dan Patriotik ini merupakan aktiviti senam cergas yang terakhir iaitu yang keempat. Aktiviti ini bermula pada pukul 06.00 pagi sehingga 06.30 pagi iaitu memakan masa selama setengah jam sahaja bertempat di tapak perhimpunan, hadapan Dewan Datuk Amir Bek, IPG Kampus Tawau. Sebelum aktiviti bermula, perhimpunan rasmi dilaksanakan terlebih dahulu. Sepanjang aktiviti ini, saya dapat memahami kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah dengan bersenam. Kepentingan aktiviti ini dalam profesion perguruan ialah menyuntik semangat dan motivasi kepada guru dalam menjaga kesihatan diri masing-masing. Kepentingan aktiviti ini kepada saya ialah memberikan saya kesedaran dalam menjaga kesihatan diri dan masyarakat di sekeliling saya agar mengamalkan gaya hidup sihat.
            Refleksi keseluruhan dilaksanakan bermula jam 08.00 pagi sehingga 09.00 pagi iaitu selama 1 jam sahaja  bertempat di Cafetaria IPG Kampus Tawau. Aktiviti ini dikendalikan oleh Cik Norhafizah binti Ahmad, pensyarah Jabatan Agama Islam dan Moral, IPG Kampus Tawau. Aktiviti ini merupakan refleksi yang terakhir iaitu refleksi keseluruhan. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, saya dapat input yang positif iaitu dapat membuat refleksi berdasarkan pengalaman saya menyertai program ini selama 5 hari 4 malam. Saya juga dapat melihat refleksi daripada sudut pandangan rakan-rakan lain berkaitan program ini. Kepentingan aktiviti ini kepada profesion perguruan ialah dapat memberikan “cerminan” kepada diri guru-guru dalam mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
            Selepas itu, aktiviti etiket, protokol, penutupan dan persediaan majlis iaitu  bermula pada 09.15 pagi sehingga 12.15 tengah hari di Cafetaria IPG Kampus Tawau. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, saya dapat mengetahui cara mengendalikan sesuatu majlis rasmi. Ini amat penting terutamanya dalam profesion perguruan. Ini adalah kerana ia sentiasa dilaksanakan di sekolah. Contohnya, majlis penyampaian anugerah kecemerlangan murid dan sebagainya. Ilmu yang saya peroleh daripada aktiviti etiket, protokol dan persediaan majlis ini sangat memberikan impak kepada saya khususnya dalam memastikan perjalanan majlis berjalan dengan sistematik dan lancar dari aspek sebelum, semasa dan selepas sesuatu majlis berlangsung. Aktiviti ini memberikan banyak pendedahan kepada saya dalam mengelolakan sesuatu aktiviti rasmi.
            Selepas itu, saya bersama siswa pendidik lelaki yang beragama Islam menunaikan Solat Jumaat secara berjemaah di Masjid An-Nur, IPG Kampus Tawau sebelum pembersihan kawasan perkhemahan dimulakan pada jam 02.00 petang sehingga 04.00 petang dan pengurusan peralatan perkhemahan dilaksanakan pada jam 04.00 petang sehingga 06.00 petang kemudian bersurai.

REFLEKSI RINGKAS SECARA KESELURUHAN BERKAITAN PERKHEMAHAN 5 HARI 4 MALAM PROGRAM BINA INSAN GURU PISMP AMBILAN JUN 2015 IPG   KAMPUS TAWAU, SABAH


Sepanjang program ini berlangsung bermula 09 Oktober 2017 (Isnin) sehingga 13 Oktober 2017 iaitu 5 hari 4 malam, saya mendapat banyak ilmu yang tidak ternilai. Program Bina Insan Guru ini merupakan perkhemahan yang amat bermakna bagi saya sepanjang menjalani mana-mana perkhemahan yang telah saya ikuti. Pengisian aktiviti yang amat menarik, mencabar dan mempunyai “isi tersirat” yang tersendiri dalam program ini amat “membina” insan guru. Sepanjang program ini berlangsung, saya dapat membuat refleksi terhadap diri saya sendiri, iaitu saya dapat mengenal pasti kekuatan, kelemahan, sikap siswa pendidik yang lain dan mengeratkan silaturahim bukan sahaja dalam kalangan siswa pendidik, malahan dalam kalangan siswa pendidik dengan pensyarah dan staf IPG Kampus Tawau. Sejuta kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, saya dapat melaksanakan program ini dengan jayanya. Akhir daripada saya, Program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2015 IPG Kampus Tawau, Sabah adalah program yang sangat bermakna dan memberikan “sejuta” pengalaman kepada saya. Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar tidak kira daripada pihak Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program, khususnya kepada Encik Amin bin Tan Tua selaku Penyelaras Program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Jun 2015 IPG Kampus Tawau, Sabah.

Share:
Location: KM 36, Jalan Balung, Beg Berkunci No. 27, 91009 Tawau, 91000, Malaysia

0 komen:

Post a Comment

JUMLAH KUNJUNGAN SEJAK 02/01/2017

"LIKE" FACEBOOK PAGE SAYA

CIKGU SUHAIMIN

"SUBSCRIBE" SALURAN "YOUTUBE" SAYA

PEMBERITAHUAN DARIPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...