BLOG PENDIDIKAN - MOHD SUHAIMIN ISNEN - KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI - SEJAK 2 JANUARI 2017

Friday, June 2, 2017

Semakan Status Permohonan Kad Siswa 1 Malaysia (KADS1M) secara atas Talian (Online) Mulai 1 Jun 2017




MOHON PERHATIAN buat pelajar yang TELAH membuat permohonan KADS1M. Anda tidak perlu risau jika anda masih tidak mendapat e-mail daripada Bank Rakyat mengenai status permohonan Kad Debit Pelajar anda.

Bermula 1 Jun 2017, Bank Rakyat telah menyediakan satu sistem semakan status permohonan KADS1M yang boleh diakses secara atas talian. 

KADS1M berkenaan boleh diambil oleh pelajar dari Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara berdasarkan maklumat yang didapati semasa membuat semakan.

Cara membuat semakan status permohonan Kad Siswa 1 Malaysia (KADS1M) :

  1. Layari laman web aplikasi semakan status permohonan Kad Siswa 1 Malaysia (KADS1M) > https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
  2. Sila masukkan No Kad Pengenalan/ IC di dalam pautan "link" tersebut.
  3. Klik 'Semak'.



Sekiranya status permohonan KADS1M anda BERJAYA, SECARA BERPERINGKAT, anda akan menerima "email" daripada pihak Bank Rakyat seperti berikut :


Cara Pengambilan Kad Debit Pelajar

Berikut adalah dokumen yang diperlukan semasa pengambilan KADS1M :

UMUR DI BAWAH 18 TAHUN

  1. MyKad (Asal & 1 Salinan)
  2. Kad Pelajar (Asal & 1 Salinan)
  3. Surat Kebenaran dari Ibu/ Bapa/ Penjaga  
  4. 1 Salinan MyKad Ibu/ Bapa/ Penjaga  
  5. Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat Pelajar/ Pelanggan (Asal & 1 Salinan)

UMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS

  1. MyKad (Asal & 1 Salinan)
  2. Kad Pelajar (Asal & 1 Salinan)


Sehubungan dengan itu, Bank Rakyat telah melanjutkan tempoh operasi cawangannya bagi pengambilan KADS1M Debit-i ini.

LANJUTAN TEMPOH OPERASI CAWANGAN BANK RAKYAT BAGI PENGAMBILAN KADS1M DEBIT-i :



Kementerian Pendidikan Tinggi meminta pelajar yang masih belum membuka akaun dengan Bank Rakyat untuk segera berbuat demikian. Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun dengan Bank Rakyat sebelum ini, mereka juga masih perlu membuka akaun baru kerana bantuan tersebut akan hanya disalurkan menerusi akaun KADS1M Bank Rakyat.

Bagi pelajar yang telah menerima e-mel dari Bank Rakyat, mereka diminta untuk mengambil KADS1M masing-masing. Ini adalah kerana masih ramai pelajar yang belum berbuat demikian walaupun telah dimaklumkan oleh Bank Rakyat.


Semua urusan agihan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi melalui KADS1M ini dijangka selesai selewatnya pada 15 Julai 2017.

Sumber : Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya - 26 Mei 2017


Sekian,
Terima kasih.
Share:
Location: KM 36, Jalan Balung, Beg Berkunci No. 27, 91009 Tawau, 91000, Malaysia

0 komen:

Post a Comment

JUMLAH KUNJUNGAN SEJAK 02/01/2017

"LIKE" FACEBOOK PAGE SAYA

CIKGU SUHAIMIN

"SUBSCRIBE" SALURAN "YOUTUBE" SAYA

PEMBERITAHUAN DARIPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...