Penggunaan Frasa"Wawasan Kemakmuran Bersama 2030" dalam Urusan Penyediaan Surat Rasmi Kerajaan Berkuat kuasa Serta Merta

Penggunaan Frasa "Wawasan Kemakmuran Bersama 2030" dalam Urusan Penyediaan Surat Rasmi Kerajaan Berkuat kuasa Serta Merta ini adalah berdasarkan surat Ketua Setiausaha Negara (rujukan:  JPM. 100-15/3/9 Jld. 2 (11) bertarikh 12 Julai 2021.

Pada 26 Januari 2021 yang lalu, frasa "Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi Covid-19" telah berkuat kuasa untuk digunakan dalam sebarang urusan penyediaan surat-surat rasmi kerajaan. Pada kali ini, frasa yang baharu ditambah untuk digunakan di dalam surat-surat rasmi tidak kiralah pada peringkat KPM, JPN, PPD dan sekolah (dalam konteks pendidikan) yang mana berkuat kuasa serta merta.

Selaras dengan keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) Bilangan 1 Tahun 2021 bertarikh 10 Mei 2021 yang lalu Unit Penyampaian Kemakmuran Bersepadu (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan cadangan slogan "WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” untuk diguna pakai dalam urusan rasmi Kerajaan iaitu sebagai frasa slogan dalam surat-surat rasmi Kerajaan. 



Pemakaian frasa slogan ini adalah sebagai satu inisiatif dalam mempromosikan Wawasan kemakmuran Bersamam 2030 (WKB 2030) kepada semua kementerian dan agensi Kerajaan.

Sehubungan itu, semua pihak yang berkaitan perlu memastikan tambahan penggunaan frasa baharu ini dilaksanakan sepenuhnya di pejabat dan sekolah di bawah selian masing-masing BERKUAT KUASA SERTA MERTA



Berikut dikongsikan cadangan penggunaan slogan dalam surat rasmi Kerajaan:

Cadangan Penggunaan Slogan dalam Surat Rasmi Kerajaan




Sekian. Semoga perkongsian yang bertajuk Penggunaan Frasa "Wawasan Kemakmuran Bersama 2030" dalam Urusan Penyediaan Surat Rasmi Kerajaan Berkuat kuasa Serta Merta ini memberikan informasi terkini kepada semua khususnya dalam penyediaan surat-surat rasmi.

KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI


Sumber:

Surat Ketua Setiausaha Negara rujukan JPM. 100-15/3/9 Jld. 2 (11) bertarikh 12 Julai 2021

1 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA