Perkongsian artikel yang bertajuk MULAI 2021, UPSR DIMANSUHKAN, PBS DIPERKASA ini adalah berdasarkan Sidang Media Khas Menteri Kanan Pendidikan iaitu YB Dr. Radzi Jidin pada 28 April 2021 (Rabu).



Umum sedia maklum, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mula dilaksanakan pada tahun 1988 dengan fokus untuk melihat dan mengetahui tahap kognitif dan pencapaian akademik murid sekolah rendah yang mana telah dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun ini (2021).



Sehubungan dengan itu, murid sekolah rendah yang berumur 12 tahun akan ditaksir sepenuhnya menggunakan komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah dengan pemerkasaan khususnya bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) selain komponennya yang lain iaitu Pentaksiran Psikometrik (PPSi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Aspek pemerkasaan tersebut belum dijelaskan lebih lanjut oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, jika terdapat sebarang informasi terkini berkaitan perkara ini akan saya kongsikan di sini dari semasa ke semasa.

Bagi urusan kemasukan ke sekolah khusus untuk kemasukan ke Tingkatan 1 seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pula, Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan bagi menentukan sama ada murid tersebut layak memasuki sekolah-sekolah khusus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.


Sekian.

maklum balas

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA