Perkongsian Video PdP Bahasa Melayu daripada Cikgu Koo (Guru Cemerlang Bahasa Melayu)Sebagai salah seorang guru yang baru berkhidmat dan mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah rendah, saya sangat tertarik dengan perkongsian 10 video daripada seorang Guru Cemerlang Bahasa Melayu, iaitu Cikgu Koo.

Sedikit informasi berkaitan diri beliau, beliau merupakan salah seorang pendidik di SJKC Yok Eng, Pasir Mas, Kelantan yang juga merupakan:

  1. Penggubal Modul BM, BPK, KPM.
  2. Penilai Buku Teks BM, BBT, KPM.
  3. Penggubal Modul PKJR BM, BPK, KPM
  4. Jurulatih Utama Kebangsaan PKJR BM, BPK, KPM
  5. Penggubal Pentaksiran BM SJK, JPN

Beliau berkongsi 10 video yang boleh digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu melalui pelantar saluran YouTube beliau. Jangan lupa untuk melanggan (subsribe) saluran YouTube beliau ya. Saya sudah subscribe dan like video PdP beliau. Baiklah, video yang dikongsikan adalah seperti berikut:

  1. Video 1 - Simpulan Bahasa (Tahun 1)
  2. Video 2 - Kata Ganda Separa (Tahun 2)
  3. Video 3 - Simpulan Bahasa (Tahun 2)
  4. Video 4 - Simpulan Bahasa (Tahun 3)
  5. Video 5 - Jenis Ayat (Tahun 4, 5 dan 6)
  6. Video 6 - Pemahaman Bahagian A (Tahun 4, 5 dan 6)
  7. Video 7 - Penulisan Bahagian A – Suasana di Taman Permainan (Tahun 4, 5 dan 6)
  8. Video 8 - Penulisan Bahagian A – Cara-cara Menjaga Kesihatan (Tahun 4, 5 dan 6)
  9. Video 9 - Penulisan Bahagian B – Makan Secara Sihat (Tahun 4, 5 dan 6)
  10. Video 10 - Penulisan Bahagian C – Menulis Karangan
Jom tonton dan like video-video ini. Boleh juga simpan (muat turun) untuk digunakan dalam PdP Bahasa Melayu nanti.

Video 1 - Simpulan Bahasa (Tahun 1)


Video 2 - Kata Ganda Separa (Tahun 2)


Video 3 - Simpulan Bahasa (Tahun 2)


Video 4 - Simpulan Bahasa (Tahun 3)


Video 5 - Jenis Ayat (Tahun 4, 5 dan 6)


Video 6 - Pemahaman Bahagian A (Tahun 4, 5 dan 6)


Video 7 - Penulisan Bahagian A – Suasana di Taman Permainan
(Tahun 4, 5 dan 6)


Video 8 - Penulisan Bahagian A – Cara-cara Menjaga Kesihatan
(Tahun 4, 5 dan 6)


Video 9 - Penulisan Bahagian B – Makan Secara Sihat
(Tahun 4, 5 dan 6)

Video 10 - Penulisan Bahagian C – Menulis Karangan


Saya kongsikan dalam blog saya supaya saya sendiripun mudah untuk mencari video ini. Saya lebih suka menyimpan media (dokumen, imej, audio, video dan fail) di mana-mana pelantar dalam talian (online) sebab kalau "bersarang" dalam laptop ni, kadang-kadang tidak terjumpa atau terpadam. Maklumla, terlampau banyak fail yang disimpan 🤣

Terima kasih Cikgu Koo atas perkongsian video yang menarik ini. Semoga terus cemerlang dan terus meneruskan perkongsian di pelantar saluran (channel) YouTube cikgu!

maklum balas

Previous Post Next Post

BACA JUGA