150 Istilah Semasa Bahasa Melayu ini merupakan istilah semasa yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menterjemahkan istilah bahasa Inggeris yang kini kerap digunakan kepada bahasa Melayu.

πŸ“Œ PERHATIAN πŸ“Œ

SILA TETAPKAN PAPARAN TELEFON PINTAR ANDA KEPADA 'DESKTOP VIEW' UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BAIK (PAPARAN PENUH)

Baiklah, berikut dikongsikan istilah semasa tersebut. Semoga bermanfaat.

advertisement call
panggilan pikat
Bunyi seperti bunyi cengkerik yang dikeluarkan oleh katak jantan dewasa untuk memikat katak betina.
drop-ship
pesan hantar
Kaedah penghantaran barangan daripada pengilang terus kepada peruncit mengikut pesanan tanpa melalui saluran pengedaran yang biasa.
cryptocurrency
kriptowang/mata wang kripto
Tiada
air fryer
penggoreng kering
Alat dapur yang menggunakan kaedah perolakan udara panas untuk memasak.
photobomb
tunafoto
Gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto.
bokeh
bokeh
Imej gambar latar belakang yang kabur atau tidak jelas yang terhasil daripada penggunaan kamera digital atau kamera telefon pintar.
air scouring
kerukan udara
Kaedah pembersihan salur air utama untuk menyingkirkan biofilem yang tidak dikehendaki atau endapan di dalam paip dengan cara menyembur udara termampat yang telah ditapis ke dalam salur tersebut.
car wrap
balut kereta
Kemasan grafik vinil yang dilekatkan pada kereta untuk mengubah penampilan luar kereta tersebut. Pelekat tersebut boleh dibuang tanpa merosakkan cat pada badan kereta.
breakfast talk
bicara pagi
Acara berbentuk perundingan atau perbincangan rasmi berkaitan isu tertentu yang diadakan pada waktu pagi.
vodcast
video siar
Video dalam bentuk digital. Pengguna boleh memuat turun video ini ke dalam komputer, telefon pintar, ataupun mengakses laman web Twitch. TV dan Youtube. Perkataan vodcast berasal daripada gabungan kata video dan broadcast.
meet and greet
temu mesra
Majlis atau sesi untuk memperkenalkan seseorang selebriti dan sebagainya kepada orang awam atau wartawan.
table talk
bicara santai
Perbualan atau perbincangan tidak rasmi tentang pelbagai topik semasa makan atau selepasnya di meja makan.
breaking news
berita gempar
Berita yang baru berlaku secara tergempar dan terkini yang dilaporkan khas, berbentuk liputan tentang sesuatu isu.
bento
bento
Kotak atau bekas mengisi makanan yang berasal dari negara Jepun, diperbuat daripada kayu atau plastik, yang mempunyai ruang pembahagi.
bread maker
pembuat roti
Peralatan elektrik yang direka khas untuk membuat roti di samping berfungsi menghasilkan adunan doh roti.
busker
penghibur jalanan
Apa sahaja bentuk persembahan secara solo atau kumpulan di tempat terbuka untuk mendapatkan sumbangan wang secara sukarela daripada khalayak.
beatbox
rentak muzik
Bunyi mesin dram (alat muzik elektronik) yang dihasilkan oleh suara seseorang.
beatboxer
perentak muzik
Orang yang menghasilkan bunyi mesin dram (alat muzik elektronik) menggunakan suara.
dive site
tapak selam
Kawasan atau tempat menyelam yang menjadi pilihan penyelam skuba untuk berekreasi sambil menikmati persekitaran bawah air.
finger food
makanan cekut
Makanan yang dihidangkan dalam bentuk sajian yang mudah diambil atau dipegang dengan hujung jari.
team interview
temu bual kumpulan
Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah yang memerlukan seorang murid mengutarakan soalan kepada murid yang lain untuk mendapatkan maklumat diri.
team project
projek berkumpulan
Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah yang memerlukan murid secara berkumpulan bekerjasama untuk menamakan nama pasukan sorak, logo dan warna kumpulan mereka.
team statements
pernyataan kumpulan
Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah yang dilaksanakan secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Pernyataan individu dibentuk melalui perbincangan secara berpasangan dan kemudian membentuk pernyataan pasukan berdasarkan kerjasama daripada semua murid.
team word-web
jaring kata kumpulan
Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah yang dilaksanakan secara berkumpulan yang memerlukan murid memberikan maklumat tentang sesuatu topik menerusi lakaran peta minda di atas kertas sebak dengan menggunakan warna pen yang berbeza sebagai tanda menunjukkan sumbangan maklumat mereka.
the yarn yarn
benang idea
Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah secara berkumpulan yang memerlukan murid melilitkan benang di tangan sebagai tanda mereka telah memberikan idea atau pendapat. Kumpulan yang paling banyak memberikan idea atau pendapat dapat diketahui menerusi jumlah benang yang diperoleh.
three-step interview
temu bual tiga langkah
Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah secara berkumpulan seramai empat orang membuat aktiviti seperti berkongsi pemikiran, menjawab soalan dan mencatatkan maklumat. Murid-murid secara berpasangan memainkan peranan sebagai penemu bual dan orang yang ditemu bual secara bersilih ganti dan kemudiannya murid akan berkongsi pengalaman tersebut dalam sesi temu bual dengan kumpulan yang lain pula.
trade-a-problem
jual masalah
Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah secara berkumpulan untuk membina soalan serta masalah dan kemudiannya melontarkan masalah tersebut kepada kumpulan lain untuk diselesaikan.
travelling file
fail edar
Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah secara berkumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu fail soalan bermasalah untuk dibincangkan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh guru. Murid kemudiannya memasukkan jawapan ke dalam fail dan diberikan fail tersebut kepada kumpulan lain. Kumpulan lain yang mendapat fail itu perlu membaca soalan dan membuat penambahbaikan terhadap jawapan tersebut.
who am I?
siapakah saya?
Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah dengan cara melekatkan maklumat mengenai diri (identiti) di belakang baju murid. Murid diberikan peluang untuk bertanya tiga soalan kepada rakan berkaitan identiti mereka. Rakan mereka perlu menjawab Γ‚“yaΓ‚”, atau Γ‚“tidakΓ‚” untuk mendapatkan jawapan kepada maklumat murid dan mereka dikenali sebagai Γ‚“pakar rujukΓ‚” sekiranya jawapan yang b tul telah diperoleh.
blended learning
pembelajaran teradun
Kaedah pembelajaran secara formal dan tidak formal yang menggabungkan media digital dalam talian dengan kaedah tradisional.
shadow vehicle
kenderaan lindung
Kenderaan khas yang berfungsi memberikan amaran kepada pengguna supaya berhati-hati dan tanda sebagai perlindungan bagi pekerja penyelenggaraan di lebuh raya.
all terrain vehicle (ATV)
kenderaan serba rupa bumi
Kenderaan bermotor bersaiz sederhana kecil yang tidak berbumbung, mempunyai satu atau lebih tempat duduk, menggunakan tayar saiz besar yang direka khas untuk kegunaan jalan pelbagai bentuk muka bumi.
secret shopper
pembeli-belah rahsia
Individu yang diupah oleh sesebuah firma penyelidikan pasaran atau pengilang untuk melawat kedai runcit dengan menyamar sebagai pembeli biasa untuk mengumpul maklumat tentang paparan barangan, harga, dan kualiti perkhidmatan kakitangan jualan.
foodtruck
trak makanan
Kenderaan yang diubah suai untuk memasak atau menjual makanan, bergerak di kawasan tertentu, dan berlesen.
cryptocurrency
kriptowang/mata wang kripto
Tiada
mobilepreneur
usahawan bergerak
Tiada
teaser
iklan acah
Iklan awal dalam sesuatu kempen untuk menarik perhatian orang ramai dengan menimbulkan rasa ingin tahu tentang barangan yang akan diiklankan.
agreeableness
kebersetujuan
Sikap seseorang yang suka berkawan dan bersosial seperti mudah bertegur sapa, bekerjasama, saling mempercayai, mesra, mudah bersimpati, baik hati, tidak suka membantah, suka membantu, pemaaf serta kurang konflik dalam hubungan interpersonal serta asertif.
conscientiousness
keberhemahan
Sikap individu yang berhati-hati,teliti, cermat, boleh dipercayai, sentiasa bersedia, teratur, dan bertanggungjawab.
fidget spinner
gasing tangan
Tiada
kite buggy
bugi lelayang
Kenderaan yang dibina dengan tujuan khas yang dikawal oleh layang-layang kuasa. Kenderaan ini mempunyai tempat duduk dan satu roda depan yang boleh digerakkan dan dua roda tetap di bahagian belakang.
hoverboard
papan roda
Sejenis pengangkutan yang menyerupai papan selaju yang mempunyai roda, bergerak di atas permukaan tanah dan ditunggang dalam kedudukan berdiri.
bungee jumping
terjun lelabah
Aktiviti terjun dari tempat yang tinggi dengan memakai getah berlubang nilon yang panjang di sekitar buku lali.
plank exercise
senam regang papan
Latihan senaman untuk regangan badan supaya kelihatan lurus dan selari dengan lantai sambil menahan dengan menggunakan kedua-dua siku tangan.
vodcast
video siar
Video dalam bentuk digital. Pengguna boleh memuat turun video ini ke dalam komputer, telefon pintar, ataupun mengakses laman web Twitch. TV dan Youtube. Perkataan vodcast berasal daripada gabungan kata video dan broadcast.
access point (AP)
titik capaian (AP)
Tiada
bezel
bezel
Tiada
big data
data raya
Tiada
boot-up
but mula
Tiada
browse
semak seimbas
Tiada
Communication as a Servis (CaaS)
komunikasi sebagai perkhidmatan (CaaS)
Tiada
chipset
cipset
Tiada
clean Install
pasang ganti
Tiada
cloud platform
platform awan
Tiada
cloud security
keselamatan awan/sekuriti awan
Tiada
command prompt
prom arahan
Tiada
cookies
kuki
Tiada
co-sourcing
penyumberan gabungan
Tiada
dashboard
papan pemuka
Tiada
debug
nyahpepijat
Tiada
Communication as a Service (CaaS)
komunikasi sebagai perkhidmatan (CaaS)
Tiada
down time
masa henti
Tiada
drop call
panggilan terputus
Tiada
e-book
e-buku
Tiada
execute
laksana
Tiada
firewall
tembok keselamatan/tembok api
Tiada
gateway
pintu laluan/get laluan
Tiada
gateway services
perkhidmatan pintu laluan/perkhidmatan get laluan
Tiada
homepage
laman utama
Tiada
honeypot
perangkap hasad
Tiada
Intrusion Detection System (IDS)
sistem pengesanan pencerobohan (IDS)
Tiada
Intrusion Prevention System (IPS)
sistem pencegahan pencerobohan (IPS)
Tiada
malicious code
kod hasad
Tiada
middleware
perisian perantara
Tiada
mobile application
aplikasi mudah alih
Tiada
mobile computing
perkomputeran mudah alih
Tiada
network switch
suis rangkaian
Tiada
Bloatware
perisian remeh
Tiada
hard certificate
perakuan keras
Tiada
Internet of things (IoT)
Internet benda (IoT)
Tiada
multi-browser
multipelayar
Tiada
on screen editor
editor skrin/pengedit skrin
Tiada
Platform as a service (PaaS)
Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS)
Tiada
packet broadcasting
penyiaran paket
Tiada
packet sniffer
pengesan paket
Tiada
Peer to Peer (P2P)
Perangkai Padan (P2P)
Tiada
plug-in
pasang masuk/Pemalam
Tiada
pop-up window
tetingkap timbul
Tiada
print screen
cetak skrin
Tiada
Proof Of Concept (PoC)
Pembuktian Konsep (PoC)
Tiada
Public Key Infrastructure (PKI)
Infrastruktur Kekunci Awam/Prasarana Kekunci Awam (PKI)
Tiada
render
kemas gabung
Tiada
resolver
pelerai
Tiada
root
punca
Tiada
root server
pelayan punca
Tiada
router
penghala
Tiada
Software as a service (SaaS)
Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS)
Tiada
screen shot
tangkap skrin
Tiada
search engine
enjin carian/enjin gelintar
Tiada
second level domain
domain paras kedua
Tiada
secondary name server
pelayan nama sekunder
Tiada
Security Posture Assessment (SPA)
Penilaian Tahap Keselamatan (SPA)
Tiada
server farm
ladang pelayan
Tiada
single window
tetingkap tunggal
Tiada
site map
peta laman
Tiada
story board
gambaran cerita/papan cerita
Tiada
third level domain
domain paras ketiga
Tiada
Top Level Domain (TLD)
domain paras tertinggi
Tiada
uptime
masa hidup
Tiada
Virtual Local Area Network (VLAN)
Rangkaian Kawasan Setempat Maya (VLAN)
Tiada
vulnerability
kerentanan
Tiada
vulnerability assessment
penilaian kerentanan
Tiada
vulnerability scanner
pengimbas kerentanan
Tiada
Webmail
mel sesawang/mel web
Tiada
webpage
laman sesawang/mel web
Tiada
website
tapak sesawang/tapak web
Tiada
website visitor
pelawat tapak sesawang/pelawat tapak web
Tiada
viral
tular
Keadaan sesuatu yang merebak atau diedarkan dengan cepat dan meluas menerusi alam maya, daripada satu pengguna Internet kepada yang lain.
hashtag
tanda pagar
Tanda # yang digunakan dalam media sosial seperti Twitter untuk menerangkan kata kunci atau topik perbincangan tentang sesuatu perkara.
selfie
swafoto
Gambar seseorang yang diambil sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital.
trending
sohor kini
Suatu yang muncul sebagai popular; disebut secara meluas dan dibincangkan dalam ruang maya atau Internet. Contohnya laman media sosial.
e-hailing
e-panggilan
Proses menempah atau memesan kereta, teksi, limosin atau pengangkutan awam lain melalui komputer atau peranti bergerak. E bermakna elektronik dan panggilan ialah cara biasa untuk menahan teksi.
posting
hantaran
Teks, imej, video atau audio yang dimuat naik ke ruang maya melalui Internet.
wefie
swafoto bersama
Gambar dua orang atau lebih yang diambil sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital.
groufie
swafoto berkumpulan
Gambar tiga orang atau lebih yang diambil sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital.
ethical hacker
penggodam beretika
Seseorang yang menceroboh ke dalam rangkaian komputer untuk menguji atau menilai keselamatan rangkaian, dan bukannya dengan tujuan jahat atau jenayah.
Internet banking
perbankan Internet
Sistem yang dibina untuk memasukkan wang ke dalam akaun bank atau mengeluarkan wang daripada akaun bank dengan menggunakan Internet.
killfie
swafoto maut
Gambar seseorang yang diambil sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan kematian.
photobomb
tunafoto
Gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto.
web cam
kamera web
Kamera video digital kecil beresolusi rendah yang dibina di dalam komputer peribadi atau disambung secara luaran. Imej video ini boleh digunakan untuk aplikasi web seperti sidang video atau pemesejan segera.
keyboard warrior
jaguh siber
Seseorang yang menyiarkan mesej marah atau suka ketika berhujah melalui Internet.
smelfie
swafoto hidu
Mengambil gambar foto dengan usaha sendiri menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital sambil menunjukkan aksi seperti menghidu sesuatu.
Internet of thing
Internet benda
Benda yang memiliki kemampuan untuk menghantar maklumat melalui jaringan Internet tanpa memerlukan interaksi manusia ke manusia atau manusia ke komputer untuk memudahkan kehidupan manusia.
podcast
audio siar
Siri episod yang mengandungi fail audio digital ataupun video. Pengguna boleh memuat turun fail ini ke dalam komputer atau telefon pintar. Perkataan podcast berasal daripada gabungan kata ipod dan broadcast.
phubbing
lekafon
Amalan mengabaikan teman atau sahabat dengan memberikan perhatian kepada telefon atau peranti mudah alih yang lain.
food truck
trak makanan
Tiada
flashmob
aksi rasa kilas
Persembahan sekumpulan orang secara tiba-tiba di tempat awam dengan melakukan aksi tertentu dalam masa yang singkat sebagai hiburan untuk menarik perhatian orang ramai.
nap
meridap
Keadaan tertidur atau terlelap dengan mata terpejam dan tidak sedarkan diri buat seketika.
pick-up line
kata pikat
Komunikasi dengan niat untuk melibatkan orang yang tidak dikenali dengan menggunakan kata-kata atau ayat lucu dan romantik untuk menarik perhatian dan membuat janji temu.
romance scam
penipuan cinta
Helah secara romantik yang melibatkan seorang mangsa untuk mendapatkan cinta bagi melakukan penipuan seperti wang, akaun bank, kad kredit, pasport, akaun e-mel, atau nombor kad pengenalan.
bridal shower
rai pengantin
Majlis untuk meraikan bakal pengantin perempuan menjelang hari perkahwinan yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai dengan membawa hadiah.
pocket park
taman poket
Taman kecil yang terbuka dan boleh dikunjungi oleh orang awam, dibina di kawasan bandar sama ada di satu lot bangunan kosong atau tanah yang kecil.
drop box
peti pelbagai
Peti yang digunakan sebagai tempat penyimpanan sementara pelbagai barang seperti kunci, buku, pita video, pakaian dan sebagainya.
throw back
imbau kembali
Mengenang sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada masa lampau.
agrotainment
agrohibur/tani hibur
Kaedah mempromosikan produk hasil pertanian atau perniagaan tani kepada orang ramai menerusi persembahan hiburan.
baby shower
rai bayi
Majlis untuk meraikan bakal ibu yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai dengan membawa hadiah.
agrotaiment
agrohibur/hibur tani
Kaedah mempromosikan produk hasil pertanian atau perniagaan tani kepada orang ramai menerusi persembahan hiburan.
leter of award
surat tawaran
Tiada
letter of award
surat tawaran
Surat yang disediakan oleh pihak tertentu kepada seseorang atau organisasi sebagai tanda pengesahan atau tawaran bertulis bahawa tender itu telah berjaya diperoleh dan akan diberikan kontrak.
child grooming
antun seksual kanak-kanak
Aktiviti jenayah, khususnya melalui Internet, yang menjadikan kanak-kanak sebagai rakan dengan tujuan untuk memujuk mereka supaya menjalinkan hubungan seksual.

Sumber Rujukan:
Portal Rasmi Gerbang Kata Dewan Bahasa dan Pustaka

maklum balas

Previous Post Next Post

BACA JUGA