BLOG PENDIDIKAN - MOHD SUHAIMIN ISNEN - KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI - SEJAK 2 JANUARI 2017

Saturday, June 30, 2018

15 Justifikasi Mengapa IPG Kampus Tawau Perlu Dikekalkan



15 Justifikasi Mengapa IPG Kampus Tawau Perlu Dikekalkan ini adalah berdasarkan perbincangan jawatankuasa bertindak berkaitan pengekalan IPG Kampus Tawau.



 Pengenalan


Umum sedia maklum, IPG Kampus Tawau adalah salah satu Insititut Pendidikan Guru (IPG) yang bakal ditutup sepenuhnya menjelang tahun 2020. Sehubungan dengan itu, admin selaku siswa pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau ini memohon sokongan daripada anda semua untuk bersama-sama dalam menyokong usaha kami ini terhadap Referendum Pengekalan IPG Kampus Tawau.



Jika menuba ikan di laut,
Jangan menimbus pasir di pulau;
Jika dipanggil ayuhlah disahut,
Jangan disurai IPG Kampus Tawau.




Justifikasi

Institut Pendidikan  Guru Kampus Tawau merupakan satu satunya institusi latihan untuk melatih guru-guru pra perkhidmatan dan  dalam perkhidmatan yang  sangat diperlukan  untuk dikekalkan  di Bahagian Pantai Timur Sabah berdasarkan  justifikasi berikut:
  1. IPGKT membantu merancakkan  ekuiti dalam pembangunan   pendidikan, ekonomi dan  proses  urbanisasi di  Pantai Timur Sabah khususnya di Balung, Tawau.
  2. IPGKT membantu  mempromosikan budaya tempatan seperti Persembahan budaya di Tarakan dan Bandung Indonesia
  3. IPGKT sebagai HUB Penyelidikan  Pendidikan  sebagai  Pusat Pengurusan Penyelidikan.
  4. IPGKT telah memberikan  sumbangan  yang cemerlang melalui program-program OUTREACH   berbentuk motivasi dan khidmat masyarakat serta Pendidikan Abad 21.
  5. IPGKT telah menjalin  kerja sama  dengan institusi  pendidikan  dalam dan luar negara.
  6. IPGKT merupakan institusi rintis bagi program SISC pada tahun 2008 di Sabah.
  7. IPGKT  telah menawarkan  kursus-kursus yang memudahkan  pembangunan profesional berasaskan  sekolah untuk guru sekolah rendah  dan sokongan komuniti Pembelajaran Profesional seperti    pihak JHEAINS,   HUMANA, SASK, KEMAS/JPNIN dan guru-guru KAFA.
  8. IPGKT   tergolong dalam inisiatif mengkonfigurasi semula kampus IPG kerana telah mempunyai  dua rekod di dalam Malaysian  Book Of Record iaitu The Longest  Micro Teaching dan The Longest Readton.
  9. IPGKT  menjadi  penyelaras bagi  mengendalikan  latihan  berstruktur tahunan untuk mentor di sekolah. ( Cadangan)
  10. IPGKT mempunyai barisan pensyarah yang merupakan tutor yang telah membantu  kemenjadian graduan  pasca siswazah yang kompeten melalui kerja sama dengan  OUM semenjak tahun 2010.
  11. IPGKT kerap menjadi tempat lawatan penanda aras dari IPGK dan sekolah-sekolah dari seluruh Malaysia.
  12. IPGKT  wujud di Tawau Sabah sejak 2004 kesinambungan daripada  Maktab Perguruan Sandakan  yang   menunjukkan naik  taraf   fungsi  institusi pendidikan  guru daripada  Sijil kepada Diploma  dan akhirnya menawarkan ljazah Sarjana Muda.
  13. lnfrastruktur IPGKT telah menepati standard  bertaraf IPTA.
  14. IPGKT    dapat  membantu  pengurangan    risiko  dan  kos  pengurusan pelaksanaan latihan  perguruan  dan   kursus-kursus  yang   berkaitan pendidikan.
  15. IPGKT mempunyai  tenaga pengajar yang sangat berkelayakan  dari segi akademik dan kepakaran yang dapat  menjamin  penyampaian  latihan guru yang efektif dan efisien.


Dapatkan "Referendum Pengekalan IPG Kampus Tawau" di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila muat turun menggunakan pautan (link) yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam 'PDF'

Download : Referendum Pengekalan IPG Kampus Tawau

SUMBER : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU, SABAH


Cadangan

Seterusnya, berikut merupakan cadangan yang boleh menyokong pengekalan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau:
  1. Adalah dicadangkan IPGKT menjadi pusat latihan pendidikan  di  Bahagian Pantai Timur Sabah.
  2. Sebagai usaha penjimatan  pengurusan kos dan risiko institut latihan  pendidikan di  Sabah,  IPGKT mampu menampung keperluan latihan pendidikan bagi seluruh negeri Sabah.
  3. Kawasan Salung  wajar dijadikan  sebuah HUB Pendidikan  dengan kewujudan sedia ada institusi pendidikan  seperti IPGKT dan UiTM di samping  membuka peluang kepada   institusi  pendidikan  lain yang ingin dibangunkan.
  4. IPGKT menawarkan akses pendidikan  yang praktikal dari segi logistik dan geografi.
  5. IPGKT  menggalas  Hala Tuju Transformasi IPG   menjadi IPT utama untuk meningkatkan standard    pendidikan  di    Malaysia   melalui   latihan   dan pembangunan  pendidikan  guru di Bahagian Pantai Timur Sabah.
Admin dan warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau memerlukan sokongan daripada anda semua dalam menyokong usaha kami untuk mengekalkan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah.


Cara Memberikan Sokongan kepada Kami dalam Usaha Mengekalkan IPG Kampus Tawau

Anda boleh memberikan sokongan anda melalui cara-cara berikut:
  1. Facebook Pool Mohd Suhaimin Isnen
  2. Ruangan Komen Facebook
MARILAH BERSAMA-SAMA DALAM MEMBANTU KAMI MENGEKALKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU. Sokongan daripada anda semua didahului dengan ucapan JUTAAN TERIMA KASIH.

Penutup

Sekian, semoga perkongsian ini iaitu 15 Justifikasi Mengapa IPG Kampus Tawau Perlu Dikekalkan mendapat sokongan yang padu daripada anda semua dan semoga usaha murni ini berjaya. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

Share:

0 komen:

Post a Comment

JUMLAH KUNJUNGAN SEJAK 02 JANUARI 2017

"LIKE" FACEBOOK PAGE SAYA

CIKGU SUHAIMIN

"SUBSCRIBE" SALURAN "YOUTUBE" SAYA

PEMBERITAHUAN DARIPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MAKLUM BALAS TERKINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...