Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Umum sedia maklum, setiap mata pelajaran mempunyai sistem pendokumentasiannya yang tersendiri. Namun, ia berpaksikan kepada fail asas, iaitu fail panitia. Fail panitia ini digunakan oleh semua guru panita setiap mata pelajaran. Sehubungan dengan itu, saya kongsikan senarai kandungan fail panitia yang lengkap untuk kemudahan dan rujukan kita bersama dalam menyediakan fail ini.
Terdapat 10 jenis fail yang perlu disediakan oleh setiap panitia Mata Pelajaran, iaitu :
  1. FAIL INDUK
  2. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)
  3. MESYUARAT PANITIA
  4. PROGRAM KECEMERLANGAN
  5. PEPERIKSAAN
  6. PENYELIAAN/PENCERAPAN
  7. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
  8. AKTIVITI KOAKADEMIK
  9. BANK SOALAN
  10. MAKLUMAT GURU
10 jenis fail tersebut mempunyai isi kandungan yang berbeza. Berikut merupakan isi kandungan bagi setiap jenis fail :

01. FAIL INDUK

a. Surat-surat perhubungan luar / dalaman
b. Carta Organisasi JKKS dan JK Panitia
c. Senarai nama guru mata pelajaran dan kelas
d. Pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan panitia.
e. ABM/Kewangan Panitia

02. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)

a. Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard
b. Huraian Sukatan Pelajaran
c. Rancangan Pelajaran Tahunan
d. Senarai Bahan Bantu  Belajar dan Kedudukannya
e. Senarai buku teks dan rujukan.
f. Rekod Pencapaian 100%  Sukatan Pelajaran Diajarkan

03. MESYUARAT PANITIA

a. Notis/Memo  Panggilan Mesyuarat
b. Notis/Memo Edaran Minit Mesyuarat & Borang Maklum Balas (Asal) berserta Minit Mesyuarat
c. Kehadiran Mesyuarat
d. Rekod Edaran Minit Mesyuarat
e. Draf Minit Mesyuarat yang disemak oleh Pengerusi
f. Maklum Balas Mesyuarat (Asal dan Terkini)

04. PROGRAM KECEMERLANGAN

a. Pelan Strategik
b. Laporan-laporan program
c. Program Perkembangan Staf
d. Kajian Tindakan (Jika ada)

05. PEPERIKSAAN

a. Jadual peperiksaan
b. Jadual penyedia soalan
c. Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam
d. Analisis Headcount
e. Post-Mortem / Audit Akademik

06. PENYELIAAN / PENCERAPAN

a. Jadual Penyeliaan
b. Borang penyeliaan
c. Laporan kekuatan/kelemahan

07. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID

a. Jadual semakan
b. Borang penyemakan
c. Laporan kekuatan/kelemahan 

08. AKTIVITI KOAKADEMIK

a. Surat Menyurat
b. Aktiviti tahunan
c. Laporan aktiviti

09. BANK SOALAN

a. Soalan-soalan peperiksaan sekolah
b. Soalan-soalan setara daerah / negeri
c. Soalan-soalan peperiksaan awam

10. MAKLUMAT GURU

a. Jadual waktu persendirian
b. Maklumat asas, akademik dan ikhtisas guru
c. Sijil-sijil penyertaan/penghargaan panitia

CATATAN : Mulai Januari 2015, Panitia Mata Pelajaran hanya menggunakan 1 Fail Am 435-Pin1/80 untuk semua urusan surat-menyurat dan memo

JADUAL DI BAWAH MENUNJUKKAN NAMA, KANDUNGAN DAN JENIS FAIL PANITIA:

(Sila klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas)




SILA KLIK DOWNLOAD BUTTON DI BAWAH UNTUK MEMUAT TURUN JADUAL INI


MOHON PERHATIAN, di negeri Johor, kandungan panitia yang diperlukan dan telah diselaraskan oleh SPA dan SJQ adalah seperti berikut :


Terima kasih Cikgu Tok Mad




INGIN MELIHAT SALAH SATU CONTOH FAIL PANITIA, KLIK DI BAWAH

Sekian, terima kasih...
Selamat menyiapkan fail panitia anda.

JOM JOIN TELEGRAM CHANNEL DAN GROUP SAYA DI URL BERIKUT 

CHANNEL CIKGU SUHAIMIN 👇

GROUP CIKGU SUHAIMIN 👇

KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI
- CIKGU SUHAIMIN -

3 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA