Kata penguat ialah
perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Terdapat 3 jenis
kata penguat iaitu :
KATA PENGUAT
|
CONTOH
|
a.
penguat hadapan
|
terlalu, paling, agak
|
b.
penguat belakang
|
sekali, benar, nian
|
c.
penguat bebas
|
amat, sangat, sungguh
|
3. Contoh:
a. Digunakan di hadapan kata
adjektif.
KATA PENGUAT HADAPAN
|
CONTOH
|
terlalu
|
Baju di pasar raya itu terlalu
mahal.
|
paling
|
Sambal tumis itu paling
sedap.
|
agak
|
Jalan di kawasan itu agak
bahaya.
|
b. Digunakan di belakang kata
adjektif
KATA PENGUAT BELAKANG
|
CONTOH
|
sekali
|
Pendapat murid itu baik sekali.
|
nian
|
Nyaman nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi.
|
benar
|
Cantik benar rantai mutiara ini.
|
c. Digunakan secara bebas sama
ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.
KATA PENGUAT BEBAS
|
CONTOH
|
amat
|
1. Kraf tangan itu amat
cantik.
2. Kraf tangan itu cantik amat.
|
sangat
|
1. Beg pakaian yang dibawa
oleh Suria sangat berat.
2. Beg pakaian yang dibawa
oleh Suria berat sangat.
|
sungguh
|
1. Kereta yang dipandu oleh
Jazeman sungguh laju.
2. Kereta yang dipandu oleh
Jazeman laju sungguh.
|
- Terdapat juga unsur penguat yang boleh
hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu,
sungguh kurang sopan, dan terlalu amat pedih. (Tatabahasa Dewan m.s 390)
Contoh:
a. Suaranya sungguh
amat merdu.
b. Perangainya sungguh
kurang sopan.
c. Kata-katanya terlalu
amat pedih.
Post a Comment