Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mohon perhatian, MULAI 1 MAC 2018, permohonan untuk menjalankan sebarang kajian atau penyelidikan  di mana-mana bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia HANYA BOLEH dilakukan secara dalam talian (online) melalui sistem eRAS 2.0. Apakah sistem eRAS 2.0?

eRAS 2.0 merupakan akronim kepada Educational Research Application System Versi 2.0. Sistem ini merupakan sistem baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang berperanan MENERIMA dan MENGELUARKAN SURAT KEPUTUSAN PERMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN di mana-mana bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.




Bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia merujuk kepada institusi di bawah kelolaan KPM seperti :
  1. SEKOLAH
  2. INSTITUT PENDIDIKAN GURU  (IPG)
  3. KOLEJ VOKASIONAL (KV)
  4. KOLEJ MATRIKULASI (KM)
  5. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)
  6. JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN)
  7. * dan sebagainya
  Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM bertanggungjawab mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian melibatkan sekolah, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

  Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, BPPDP akan menggunakan Sistem eRAS 2.0 mulai 1 Disember 2017 untuk menerima permohonan dan mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian. Sistem ini boleh dicapai melalui URL berikut :


     Walau bagaimanapun, Bahagian masih menerima permohonan melalui borang BPPDP 1.2 dan mengeluarkan surat secara manual sehingga 28 Februari 2018.

Mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian hanya boleh dibuat melalui sistem eRAS 2.0 sahaja. Permohonan melalui borang BPPDP 1.2 TIDAK AKAN DITERIMA LAGI.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pentadbir eRAS 2.0 melalui 03-8884 6591 / admineras2.0@moe.gov.my

SUMBER :

KONGSI ITU MESTI, BERKAT ITU PASTI
- CIKGU SUHAIMIN -

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

BACA JUGA